AjaI di padang bola… Lelaki alami ses4k nafas ketika berehat separuh masa pertama

HANYA sempat bermain bola sepak untuk separuh masa pertama, seorang lelaki menghembuskan nafas terakhir ketika berehat sebentar sewaktu perlawanan persahabatan yang disertainya di padang Selising, Pasir Puteh, petang Isnin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, lelaki berusia 53 tahun dari Kok Lanas itu duduk berehat sambil minum air dan makan sepotong pisang goreng.

Bagaimanapun, dia dipercayai mengalami ses4k n4fas dan rebah di tepi padang serta tidak sedarkan diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal, rakan-rakan mangsa membawanya ke Klinik Kesihatan Selising dan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan mengesahkan kematian mangsa.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati mngsa yang juga seorang buruh, pernah mengadu s4kit d4da beberapa hari sebelum perlawanan persahabatan tersebut.

“Mngsa telah berpisah dengan isteri dan kini tinggal berseorangan serta tidak mempunyai sebarang rekod perubatan.

“Mngsa dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk tindakan bedah dan siasat lanjut. Kem4tian diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "AjaI di padang bola… Lelaki alami ses4k nafas ketika berehat separuh masa pertama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*