“Kau Ingat Apa?”-Fahad Iman Ber4ng Dengan Sebuah Produksi Gara-gara Perkara Ini

Pelakon, model, dan aktivis teater, Fahad Iman meluahkan rasa berang terhadap sebuah produksi yang memberikannya tawaran berlakon pada saat akhir.

Terpaksa Tolak Tawaran 

Menerusi Insta Stories, Fahad akui terpaksa menolak tawaran produksi tersebut kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan.

“Saya benci apabila produksi melayan pelakon sebegitu. Baru-baru ini, saya mendapat beberapa tawaran yang sangat last minute,

tetapi saya membuat keputusan berpegang teguh dengan pendirian dan menolaknya kerana ianya terlalu last minute.”- dedah Fahad

Perlu Masa Untuk Baca & Hafal Skrip

Pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot ini berkata setiap pelakon memerlukan masa untuk membaca dan menghafal skrip. Selain itu, peruntukan masa juga diperlukan untuk berlatih serta melakukan persediaan.

“Kau ingat apa? Actor ni robot ke? Kau bagi script last minute and expect kita just deliver je apa kau nak?

C’mon, saya perlukan MASA. Masa untuk baca & hafal skrip, masa untuk berlatih, masa untuk persediaan.”-katanya lagi

Tambahnya, lakonan itu disifatkan sebagai sebuah seni dan dalam masa yang sama dia turut mempersoalkan kembali penghasilkan sebuah karya yang berkualiti sekiranya ia dilakukan secara tergesa-gesa.

“Lakonan itu satu seni, ianya mengambil masa. Macam mana nak produce something of quality when evertyhing is rushed?-Soal Fahad

Tawaran Sehari Sebelum Penggambaran Dijalankan

Dalam pada itu, Fahad turut memuatnaik tangkap layar perbualan menerusi WhatsApp dari seorang kru produksi yang memberikan tawaran berlakon padanya sehari sebelum penggambaran dijalankan.

“Mind you masa dia tanya ni it was on the 16th, and nak shoot on the 17th, which is the NEXT DAY. Kau rasa?- teg4snya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: Murai.my

Be the first to comment on "“Kau Ingat Apa?”-Fahad Iman Ber4ng Dengan Sebuah Produksi Gara-gara Perkara Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*