“Dia boleh berhenti letak tepi jalan” – Ibu tersentuh tengok cara suami didik anak, tapi akur walau orang lain nampak k4sar

SETIAP orang mempunyai cara tersendiri dalam mendidik serta membentuk anak masing-masing.

Ada ibu bapa yang memilih pendekatan yang lebih lembut namun ada juga yang menggunakan cara yang sedikit k4sar di mata orang lain.

Apa pun caranya, matlamat mereka tetap sama, iaitu untuk mendidik anak-anak mereka mengenai apa yang betul dan salah.

Nad bersama keluarganya.

Namun sebagai insan yang mengandungkan serta melahirkan anak tersebut, h4ti ibu mana yang tak tervsik apabila melihat anaknya dim4rahi serta diletakkan di tepi jalan.

Berkongsi video tersebut di media sosial, wanita itu bagaimanapun memuji suaminya yang memilih untuk bersikap tegas apabila tiba waktunya.

Bercakap kepada mStar, Nur Aziati Rahimi, 30, berkata video yang dikongsinya itu merupakan video lama yang dirakam ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang ke Kelantan.

Dia yang menetap di Bukit Rangin, Kuantan, berkata, pada masa itu anak mereka, Muhammad Abdul Qayyum Mohamad Syadam, 5, tiba-tiba meragam serta men4ngis sehingga mengganggu konsentrasi suaminya yang sedang memandu.

“Qayyum ni anak yang baik, selalunya dia sangat behave dan mendengar cakap, dan dia memang manja dengan kami cuma time tu dia men4ngis tak tahu nak apa, tak selesa la kot perjalanan lama.

“Pvjuk pun dia men4ngis kuat sehingga mengganggu ayahnya yang tengah memandu,” ceritanya.

Mesra di panggil Azie, wanita ini berkata walaupun sudah dipvjuk anaknya itu tetap tidak berhenti men4ngis, sehingga mem4ksa suaminya memberhentikan kereta.

“Perasaan saya masa dia berhenti dan membawa anaknya keluar memang berdebar, perasaan mak-mak la… walaupun tahu suami tak akan lemp4ng ke apa, cuma dia guna cara psik0logi, cuma saya sed1h sebab tengok dia men4ngis.

“Qayyum tu jarang men4ngis, dia happy go lucky,” katanya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Azie, mood anaknya itu bagaimanapun bertambah baik selepas mereka kembali masuk ke dalam kereta.

“Berhenti tu dekat kawasan lepas tol, memang lapang dan tak ada kereta lain sebab suami memang alert bab keselamatan, anak-anak dia wajib pakai seatbelt dalam kereta.

“Masa dekat luar suami tanya dia nak men4ngis lagi tak? Nak duduk di situ atau nak masuk dalam kereta, kalau nak masuk kena diam.

“Dah pelvk-pelvk tu elok je budak tu senyum, lepas tu buat lawak, borak-borak,” katanya.

Menurut Nad, suaminya seorang bapa yang penyayang dan cakna mengenai anak-anaknya.

Video perkongsiannya di laman TikTok bagaimanapun tidak terlepas daripada komen-komen neg4tif netizen yang tidak setuju dengan tindakkan suaminya, Mohamad Syadam Mohd Pauzi, 30.

Azie bagaimanapun menegaskan bahawa suaminya seorang bapa yang penyayang serta sentiasa cakna mengenai anak-anak.

“Masa tegas dia memang tegas sungguh, apa dia cakap memang kena buat untuk memastikan anak-anak berdisiplin.

“Cara lama ada yang elok dan tak sesuai tapi kitaorang ambil mana yang sesuai untuk digunapakai sekarang,” katanya yang mempunyai dua anak.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Dia boleh berhenti letak tepi jalan” – Ibu tersentuh tengok cara suami didik anak, tapi akur walau orang lain nampak k4sar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*