SĄMPAI HĄTI MERĄCUNI KESEMUA KUCING INI,17 EK0R KUCING PELIHARAAN MĄTI

KUANTAN – Seorang pencinta kucing terkilan selepas 17 kucing peliharaannya mati dipercayai diracun selepas mengerumuni sisa kepala ayam di rumahnya di Lorong Seri Mahkota di sini.

Kejadian berlaku Selasa lalu apabila, Muhammad Nor Fiqry Zahari, 38, atau lebih dikenali sebagai Babah Conan pulang ke rumahnya dan melihat kira-kira sembilan ekor kucing sedang mengerumuni sesuatu.

Menurut bapa kepada seorang anak ini, ketika kejadian, dia tiada di rumah dan kesemua pintu serta pagar berkunci manakala kira-kira 60 ekor kucing yang dibela berada di dalam rumah.

“Apabila saya lihat, ada kepala ayam tetapi saya tidak pernah bagi makan kucing kepala ayam. Saya ambil kepala ayam itu dan lihat ada cecair seperti bahan kimia.

“Kucing saya tidak makan kepala ayam, mungkin mereka menjilat cecair daripada kepala ayam berkenaan sehingga menyebabkan mereka keracunan dan mat1,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Katanya lagi, dia kemudian bergegas membuang kepala ayam berkenaan sebelum memberi kucingnya minum air kelapa dan membasuh mulut haiwan berkenaan.

“Selepas itu, beberapa kucing mula nampak seperti keletihan dan tidak bermaya serta tidak mahu makan, saya tidak syak apa-apa lagi.

“Pagi semalam, kucing saya mula mat1 bermula dengan lima ekor, sebelum beberapa ekor lagi mati sehingga ke pagi ini menjadikan jumlah keseluruhan kira-kira 17 ekor,” katanya.

Katanya, dia amat kecewa dengan individu yang sanggup buat perkara sebegini kepada kucing yang dianggap seperti anak sendiri.

“Tak tahu nak gambarkan perasaan ketika ini dan apa yang saya boleh katakan, semoga perbuatan ini mendapat pembalasan sewajarnya,” katanya.

Anda dah baca?Apa Pendapat anda?Jangan lupa komen dan share ya,Terima kasih.

Sumber:CEMPEDAK CHEESE

Perhatian! Pihak mymetro.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "SĄMPAI HĄTI MERĄCUNI KESEMUA KUCING INI,17 EK0R KUCING PELIHARAAN MĄTI"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*