[VIDEO] Gadis Akui Tak Kuat, Mula-Mula Ibu Men1nggal Dunia Selepas 10 Hari Bapa Pula…

Foto: Tangkap layar video

Tidak dinafikan keh1langan individu yang kita sayang memang menyed1hkan. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan kedua ibu bapa sendiri. Walaupun berat untuk diterima, kita sebagai hambaNya perlu akur dan reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dan kehidupan perlu diteruskan seperti biasa.

Foto: Tangkap layar video

Menerusi video dikongsi seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Atashitinides_, menceritakan kisah dirinya yang keh1langan kedua ibu bapa ters4yang diperc4yai ak1bat w4bak c0vid-19.

Gadis cekal ini menceritakan arw4h ibunya dijemput menghadap Ilahi pada 3 Ogos 2021 dan selang 10 hari (13 Ogos) bapanya pula men1nggal dunia. Namun, dia sama sekali tidak menceritakan bagaimana kedua-dua ibu bapanya dijangk1ti akan v1rus tersebut.

Ini berlaku terlalu cepat. Saya masih tak dapat menerima Ya Allah, sungguh berat untuk saya.

 

Video tersebut juga memaparkan para petugas barisan hadapan yang memakai sut lengkap peralatan perlindungan diri (PPE) ketika proses pengebum1an berlangsung. Apa yang lebih mervntun hati lagi, gadis ini juga sempat berkongsi foto-foto kenangan bersama arw4h ibu bapanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan nasib yang menimpa gadis ini dan pada masa yang sama turut memanjatkan doa supaya kedua ibu bapanya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Atashitinides_

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : OHBULAN

Be the first to comment on "[VIDEO] Gadis Akui Tak Kuat, Mula-Mula Ibu Men1nggal Dunia Selepas 10 Hari Bapa Pula…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*