“Terima Kasih Kerana Menegur” – Daiyan Trisha

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Daiyan Trisha tidak melatah walaupun dilontarkan dengan pelbagai komen ‘tarbiah’ daripada netizen di TikTok selepas memuat naik video yang dianggap seksi berlatarkan lagu Stay nyanyian The Kid Laroi dan Justin Bieber.

Daiyan ketika dihubungi berkata, dia menerima komen-komen yang ditulis dan membalas dengan komen positif serta meminta mereka untuk mendoakannya.

“Kadang-kadang saya tak ambil setiap komen-komen itu terlalu peribadi sangat. Jadi, saya balas seperti biasa saja dan saya juga berterima kasih kepada mereka kerana menegur saya.

“Kalau dilihat semula video itu, saya memakai seluar pendek. Kalau orang bercakap mengenai saya menari, bukanlah saya menari yang terlalu sensual atau apa. Ia sekadar untuk suka-suka dan bersifat kelakar,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, setiap platform media sosial mempunyai pelbagai lapisan pengguna dengan latar belakang berbeza.

“Setiap platform media sosial ada pengguna yang hadir daripada pelbagai latar belakang berbeza, pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai ‘mindset’ yang berbeza. Kalau di TikTok, kebanyakannya adalah golongan remaja dan orang muda,” katanya.

Dalam hantaran itu, rata-rata netizen menulis komen mengenai aurat dan cara berpakaiannya.

Namun, Daiyan menulis komen positif yang diletakkan ‘pinned’ di bahagian atas ruangan komen.

“Terima kasih atas teguran semua. Tolong doakan Daiyan. Doakan sekali ‘crush’ nampak Daiyan,” tulisnya yang disertakan dengan emoJi cinta.

Terbaru, Daiyan bakal hadir dengan single berjudul Penat yang akan dilancarkan Jumaat ini.

 

Sumber : hmetro

Be the first to comment on "“Terima Kasih Kerana Menegur” – Daiyan Trisha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*