Setahun rancang beli kereta untuk anak, bapa jadi k0rban Cov1d-19 kurang sebulan sebelum pencen – “Di wad, ayah sempat tanya tentang KWSP”

 

 

“BULAN sembilan nanti ayah nak belikan kereta untuk anak-anak,” itulah hasrat seorang bapa yang mahu menghadiahkan kereta kepada anak-anaknya.

Namun hajatnya itu tidak kesampaian apabila terk0rban akib4t w4bak c0vid-19.

Kenangan terakhir bersama insan tersayang itu dirakam bulan lalu sebelum ia kemudian dimuat naik oleh Nur Syazliana Rosman,18.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Video tersebut meraih hampir 20,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Dia yang mesra disapa Syazliana mengimbau kembali detik ketika bapanya Rosman Sidin, 55, disahkan positif c0vid-19 pada awal Julai lalu.

Menurut gadis itu, ibunya Siti Aminah Osman, 46, serta dua ahli keluarganya yang lain turut dijangk1ti w4bak tersebut manakala dia dan kakaknya Nur Syazriena Rosman, 20, pula negat1f.

“Ayah saya mula dem4m dan rasa sak!t sejak 5 Julai lalu, dah pergi ke klinik tapi tak sangka pula sak!tnya mel4rat. Kali kedua dia ke klinik pada 8 Julai, doktor bagi surat untuk ke Hospital Selayang dan kemudiannya dimasukkan ke w4ad kerana ada jangk1tan kvman di p4ru p4ru.

“Esoknya doktor telefon ibu cakap yang ayah pos1tif c0v1d-19, jadi kami sekeluarga kena buat swab test. Keputusan swab test ibu, kakak sulung serta adik bongsu positif, tetapi saya dan kakak kedua negatif.

“Kami kuarant1n di rumah secara berasingan dan sentiasa video call ayah untuk tahu perkembangannya. Namun keadaan ayah semakin krit1kal kerana selain jangk1tan p4ru-p4ru ayah juga mengh1dap penyak1tnya d4rah tinggi dan kenc1ng man1s.

IMG_6319

Hanya Syazliana dan kakaknya sahaja yang dapat melihat bapanya buat kali terakhir.

“Ayah men1nggalkan kami semua pada 12 Julai pukvl 3.25 petang, hanya saya dan kakak kedua sahaja yang dapat melihat arw4h buat kali terakhir. Yang lain tengok melalui video call sahaja kerana masih dalam tempoh kuarant1n,” katanya yang menetap di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, mereka sekeluarga terkesan dengan pemerg1an bapanya kerana sudah tidak berpeluang untuk mencipta lebih banyak kenangan bersama.

“Ayah akan pencen pada 30 Ogos nanti dan salah satu keinginan ayah adalah untuk membelikan kami adik beradik sebuah kereta baru.

“Waktu berada di wad tu, ayah sempat bertanya kepada kami tentang KWSP dan i-Sinar sebab benda-benda macam ni dia tak tahu macam mana nak buat. Jadi memang kami adik beradiklah yang tolong uruskan secara online.

“Sebelum adanya c0vid-19, ayah selalu luangkan masa berkumpul untuk sarapan bersama kecuali pada hari bekerja. Walaupun kawan-kawan ajak dia keluar, ayah akan memilih untuk luangkan masa dengan kami.

 

“Macam mana kita sayang orang tu pun, mereka akan tetap juga pergi.”

NUR SYAZLIANA ROSMAN

 

Walaupun sed1h dengan keh1langan insan tersayang, Syazliana sedar bahawa tiada satu pun yang kekal selamanya di dalam dunia ini.

Dia reda dengan ketentuan Allah dan berharap orang lain menghargai masa bersama keluarga selagi mereka masih lagi berada di sisi.

“Apa yang membuatkan saya sedar dari meratapi kesedihan adalah tiada satu pun dalam dunia ni akan menjadi milik kita selamanya.

IMG_6277

Pemerg1an ayahnya memberi kesan kepada mereka sekeluarga.

“Macam mana kita sayang orang tu pun, mereka akan tetap juga pergi. Semuanya milik Allah, dari Dia kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.

“Sebab itulah kita kena hargai masa bersama keluarga selagi mereka masih lagi bernyawa,” ujarnya yang bakal melanjutkan pelajaran ke Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan dalam jurusan Diploma Perniagaan.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : MSTAR

Be the first to comment on "Setahun rancang beli kereta untuk anak, bapa jadi k0rban Cov1d-19 kurang sebulan sebelum pencen – “Di wad, ayah sempat tanya tentang KWSP”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*