Konon Pinjam Duit Isteri RM120K Nak Bayar Hutang, Akhirnya Kantoi Nak Buat Hal Lain

 

 

Walaupun agak kurang digemari oleh ramai kaum wanita, namun agama Islam membenarkan poligami, dimana orang lelaki dibenarkan berkahwin lebih dari seorang namun ianya bersyarat.

Antara syarat utama selain dari berlaku adil dikalangan isteri, lelaki juga harus serba-serbi mampu dalam memberikan nafkah zahir dan batin.

Dalam erti kata lain, bukan hanya nafkah batin dan emosi, sebaliknya kewangan yang mencukupi untuk menanggung para isterinya.

Namun dalam satu kejadian di Abu Dhabi, seorang wanita bukan sahaja terkejut apabila mengetahui yang suaminya akan berkahwin lain, malah dia telah dit1pu apabila si suami menggunakan wang yang dipinjamnya sebanyak  SR120,000 (RM129,574) untuk berkahwin lain.

 

Si isteri buat pinjaman peribadi untuk ‘tolong’ suami

Menerusi laporan Gulf News, wanita berkenaan difahamkan telah membuat pinjaman peribadi menggunakan namanya untuk membantu suaminya selepas si suami mendakwa dia memerlvk4n wang untuk membayar hutang.

Malah dia menggunakan alasan diugut untuk dibu4ng dari kerja menyebabkan si isteri berlembut dan bersetuju untuk membuat pinjaman peribadi tersebut. Namun ternyata sebaliknya pula yang terjadi.

Wanita berkenaan yang terkejut selepas mengetahui rancangan suaminya dari keluarga terdekat kemudian bertindak bersemuka dengan lelaki tersebut dan menuntut kembali wang tersebut.

Menyedari yang dia sudah terkantoi, si suami yang pada mulanya menafikan akhirnya mengakui yang dia akan berkahwin dalam masa terdekat namun tetap enggan memulangkan kembali wang isterinya itu.

Ekoran dari itu wanita tersebut telah mengambil tindakan undang-udang ke atas suaminya dan cuba memohon pembatalan perkahwinannya seperti yang dilaporkan portal tempatan, Al Watan.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Buzzkini

Be the first to comment on "Konon Pinjam Duit Isteri RM120K Nak Bayar Hutang, Akhirnya Kantoi Nak Buat Hal Lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*