“Ayah Saya Minat Sangat Dengan Kakak,” – Bapa Ini Namakan Anaknya Nur Diana Danielle, Ini Reaksi Diana Danielle

 

 

Sebagai selebriti, ada kalanya mereka tidak sedar peranan yang mereka mainkan sedikit sebanyak telah menjadi inspirasi dalam kehidupan orang lain.

Itulah yang cuba disampaikan oleh pelakon, Diana Danielle selepas mengetahui ada pasangan yang ingin menamakan anak mereka sempena dengan namanya.

Jelas individu berkenaan, nama tersebut telah diberikan kepada adiknya yang baru sahaja dilahirkan beberapa hari lepas.

Katanya lagi, keputusan tersebut dibuat oleh bapanya kerana terlalu meminati dengan lakonan Diana.

 

“Assalamualaikum Kak Diana, harap sihat sentiasa. Saya tak tahu kakak akan baca atau tak. Saya nak bagi tahu, semalam adik saya baru sahaja dilahirkan. It’s baby girl.

“Ayah saya minat sangat dekat kakak. So dia bagi nama adik saya Nur Dianan Danielle sempena nama kakak. Thank you for give inspiration in your acting career. Semoga urusan kakak dan family dipermudahkan,” tulis individu berkenaan.

 

Kisah tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pelakon, Farid Kamil ini menerusi ruangan Instagram stories.

Akui berasa sangat tersentuh, Diana berharap agar bayi perempuan tersebut akan membesar menjadi anak yang solehah dan berguna buat keluarga.

 

“Comelnya! Akak terharu. Semoga adik membesar jadi anak solehah, penyejuk hati ibu ayah dan berjasa kepada family dan agama,” balasnya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

 

Sumber: Instagram Diana Danielle via mh

 

Be the first to comment on "“Ayah Saya Minat Sangat Dengan Kakak,” – Bapa Ini Namakan Anaknya Nur Diana Danielle, Ini Reaksi Diana Danielle"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*