Intan Ladyana & Harris Alif ‘trending’ kerana video ‘The Wedding Shoe Game’

 

Pelakon sama cantik, sama padan, Intan Ladyana dan Harris Alif nampaknya sejak beberapa hari ini menjadi perhatian ramai apabila baru-baru ini pasangan popular itu mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga Februari nanti.

136074308_200804258364723_1482817263473833957_n

 

Perkara terbabit mengundang orang ramai semakin senang dan tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan mereka namun satu perkongsian video menerusi Youtube milik juara Idola Kecil musim ketiga itu mendapat perhatian warganet.

Sehingga perkongsian terbabit trending di Youtube apabila Intan ladyana bersama kekasihnya itu bermain permainan yang rasanya sudah popular dikalangan pasangan bakal pengantin apabila mereka perlu memegang kasut lalu perlu menjawab beberapa soalan yang mana pasangan perlu mengangkat kasut jika ia mengenai mereka.

Ternyata, gelagat comel dan sweet kedua-dua selebriti itu mengundang mereka menjadi bualan pengguna Youtube.

 

 

Ini kerana, sikap Harris Alif membuatkan peminat semakin menyukainya dan dalam pada masa yang sama, rata-rata warganet turut mendoakan yang terbaik buat pasangan ini yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 6 Februari.

 

“Personaliti Harris begitu matang dari usia, kelihatan keserasian pasangan Haris dan Intan, Semoga hingga ke Jannah…”

Harris Alif & Intan Ladyana

 

“Nampak gaya kepimpinan dia”

Harris Alif & Intan Ladyana

 

“Matang la Harris ni, tersengih sorang-sorang depan skrin tengok korang happy dah nak kahwin”

Screenshot_10

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Intan Ladyana & Harris Alif ‘trending’ kerana video ‘The Wedding Shoe Game’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*