Gadis mengadu sakit kepala, tapi reaksi emaknya pula bikin terhibur!

 

Sudah menjadi lumrah apabila kebanyakkan anak akan mengadu sakit kepada kedua ibu bapa mereka. Tidak kiralah sama ada demam, sakit kepala, selesema, batuk dan sebagainya, mereka tetap akan memaklumkan kepada ibu bapa atas faktor selesa. Namun berbeza pula dengan reaksi kebanyakkan mak-mak terutamanya di Malaysia ini apabila anak mereka mengadu sakit.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Twitter milik @yanakhairuddin, emak kepada gadis itu telah memberikan bebelan sebaik sahaja gadis itu memaklumkan dirinya mengalami sakit kepala. Perkara lebih melucukan apabila bebelan emaknya itu tidak henti-henti sambil menggunakan intonasi yang menghiburkan.

— YanaK (@yanakhairuddin) January 11, 2021

“Tadi. Tadi mummy dah tunjuk panadol atas tu. Suruh makan panadol ingat tak? Aku dah cakap dah. Aku cukup hangin betul la dengan orang tak dengar kata ni. Orang dah cakap dah. Kat almari hitam tu ada acti-fast. Makan dulu. Degil!”, begitulah bebelan emaknya ketika mereka menaiki kereta. Ternyata keadaan tersebut telah membuatkan satu kereta itu terhibur dengan ‘ucapan’ emaknya.

Ekoran daripada itu, rata-rata warga netizen turut meluahkan rasa lucu mereka di samping terdapat segelintir daripada warganet yang tidak ketinggalan meninggalkan komen masing-masing di ruangan akaun Twitter terbabit. Video yang dimuat naik pada beberapa jam yang lalu itu telah meraih tontonan sebanyak 18.7 ribu views.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Gadis mengadu sakit kepala, tapi reaksi emaknya pula bikin terhibur!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*