Baru Je Berbulan Madu, Peminat Suruh Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Balik Cepat Kerana PKP

 

Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir masih lagi baru bergelar suami isteri setelah mereka bernikah pada 1 Januari 2021 lalu.

Bagaimanapun, mereka tidak terus pergi berbulan madu kerana Ayda menunggu adiknya bersalin terlebih dahulu.

Pada 11 Januari 2021, Nabil telah memuat naik satu hantaran di laman Instagramnya.

 

 

Melalui caption ringkas “Honeymoon starts now! Yayyy!! Love you wife 😏😚” ia memberitahu bahawa mereka sedang berbulan madu.

Ia juga setelah adik kepada Ayda sudahpun melahirkan seorang bayi perempuan.

Perkongsian daripada Nabil ini mendapat perhatian para peminat di ruangan komen.

Menariknya, ada beberapa komen daripada peminat yang menyuruh mereka pulang cepat kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijadualkan bermula 13 Januari 2021.

Apapun, semoga pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir ini berbahagia dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.

 

 

Sumber: Instagram Nabil Mahir

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : HotFM

Be the first to comment on "Baru Je Berbulan Madu, Peminat Suruh Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Balik Cepat Kerana PKP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*