Dituduh ‘Tak Ngam’ Lepas Kontr0versi, Status Neelofa Ini Ditujukan Buat Ibu

Umum mengetahui, bekas pengacara ‘Meletop’ iaitu Noor Neelofa, telah memaafkan seorang gadis selepas individu tersebut didakwa menyebarkan f1itnah terhadapnya dan PU Riz, baru-baru ini. Jelasnya lagi, kemaafan tersebut ikhlas datang dari hatinya.

Meskipun kontroversi ‘fi1tnah’ tersebut sudah berakhir dengan permohonan maaf secara terbuka, segelintir netizen dipercayai masih tertanya-tanya mengenai hubungan Neelofa dengan kesemua ahli keluarganya. Maklumlah, keluarganya juga didakwa terpalit dengan kontroversi yang melanda.

Sebelum ini, rata-rata netizen mendakwa kontroversi yang berlaku terhadap Neelofa berpunca daripada keluarganya sendiri. Mereka juga mendakwa, keluarga Neelofa sepatutnya bertenang dan menunggu keputusan daripada tuan empunya badan terlebih dahulu sebelum membuka ‘cerita’ kepada umum. Ekoran daripada itu juga, netizen mendakwa Neelofa jarang memuat naik foto mahupun video bersama keluarga tercinta lebih-lebih lagi bersama ibunya iaitu Datin Noor Kartini.

Sehubungan dengan itu, Neelofa telah memuat naik perbualan Whatsapp di antara dia dan ibunya di Instagram Story. Posting tersebut menunjukkan hubungan Neelofa dengan ibunya dipercayai masih sama seperti biasa dan mereka berdua berbicara mengenai surah Al-Insan iaitu surah manusia.

Bukan itu sahaja, Neelofa turut memuat naik kata-kata indah yang berkaitan dengan ibu di Instagram Storynya. Kata-kata yang dikongsikan itu membawa maksud  ‘tiada cinta yang lebih hebat di dalam dunia ini melainkan cinta ibu, jadi sayangilah dan hormatilah ibu’. Neelofa turut ‘tag’ ibunya di posting tersebut.

Sumber: Neelofa

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : OhBulan

Be the first to comment on "Dituduh ‘Tak Ngam’ Lepas Kontr0versi, Status Neelofa Ini Ditujukan Buat Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*