Setelah 9 Bulan Terpisah, Aliff Aziz Kembali Bersatu Dengan Keluarganya

 

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsi sebuah video di laman Instagram yang memaparkan detik pertemuan semula bersama suami tercinta, Aliff Aziz.

Akhirnya Bersama Semula

Dalam video tersebut, kelihatan anak mereka Mohamad Ayden Adrean berlari ke arah Aliff dan berpelukan setelah sembilan bulan terpisah. Terdahulu penyanyi kelahiran Singapura itu tidak dapat berjumpa dengan keluarganya setelah tersekat di negara berkenaan berikutan sekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan daripada memasuki Malaysia bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

 

Ramai Terharu

Menerusi laman Instagram nya pula, Aliff meluahkan rasa syukur apabila akhirnya dapat bertemu dengan isteri dan anak-anaknya setelah sekian lama terpisah. Rata-rata kenalan selebriti dan peminat turut berasa syukur dan gembira melihat keluarga ini dapat bersatu kembali setelah pelbagai dugaan melanda rumahtangga mereka sejak tahun lalu.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Bagaimanapun mereka bercerai pada 16 Me tahun lalu sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh edah. Namun, perkara itu dirahsiakan kepada pengetahuan umum. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Mohamad Ayden Adrean, tiga tahun dan Ara Adreanna, 6 bulan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : MURAI.MY

Be the first to comment on "Setelah 9 Bulan Terpisah, Aliff Aziz Kembali Bersatu Dengan Keluarganya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*