[VIDEO] 7 Tahun Couple, Pemuda ‘Melalak’ Girlfriend Nikah Dengan Jodoh Pilihan Keluarga

Setiap couple pasti menginginkan hubungan cinta yang terjalin itu berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Akan tetapi, soal jodoh bukan kita yang menentukannya kerana adakalanya impian untuk berkahwin dengan insan tersayang itu tidak kesampaian. Selain tak setia, cinta juga boleh terhalang kerana campur tangan keluarga.

Menerusi TikTok @chokyantara, dia berkongsi kisah duka mengenai masalah hubungan cinta yang dihadapi oleh rakannya. Difahamkan, pemuda berkenaan kecewa disebabkan gagal bernikah dengan wanita pilihannya. Malah dia juga dilihat mengalami breakdown teruk sehingga berguguran air mata saat mengenangkan hubungan cinta yang terjalin sejak di bangku sekolah itu berakhir begitu saja.

Difahamkan, ia berikutan ibu bapa kepada teman wanitanya tidak merestui hubungan mereka. Susulan itu, wanita berkenaan akhirnya dinikahkan dengan calon pilihan lain. Bagi pemuda ini, perjalanan untuk melupakan segala perasaan dan kenangan lama cukup memeritkan sekali.

Bukan sahaja meraih ratusan ribu tontonan, tetapi kapsyen yang ditulis juga seakan-akan menambahkan lagi sebak di dada netizen. Menyedari hakikat itu pahit ditelan, rata-rata mereka memberikan kata-kata semangat sekali gus mendoakan jodoh yang lebih baik untuknya kelak.


 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : TikTok chokyantara

Be the first to comment on "[VIDEO] 7 Tahun Couple, Pemuda ‘Melalak’ Girlfriend Nikah Dengan Jodoh Pilihan Keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*