Isu Perkahwinan llli Najwa, Mufti Perlis Dr MAZA & Menteri Agama Dr. Zulkifli Mula Buka Mulut

 

Dr Maza – Beberapa pihak bertanya saya tentang hal ini. Sebahagian mereka bermaksud untuk menjadikan isu ini modal politik mereka bagi mencerca pihak-pihak yang tidak sebulu dengan hasrat siyasah mereka. Sebahagiannya jujur memang ingin mengetahui jawapan. Di sini saya ringkaskan jawapan saya:

1.     Perkahwinan merupakan bab fekah, iaitu berkaitan suruhan atau larangan yang membabitkan dosa, pahala atau keharusan (permissible). Jika perkahwinan itu tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh nas dan dalil yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah – tanpa sebarang keuzuran yang sah- maka pelakunya melakukan dosa. Perbuatan dosa tidak semestinya menjadikan pelakunya kafir selagi dia tidak menghalalkan perbuatan itu. Ini termasuk wanita berkahwin dengan lelaki yang bukan muslim. Allah menyebut dalam Surah al-Baqarah ayat 221: (maksudnya) “ Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sehingga mereka beriman. Sesungguhnya wanita hamba yang mukminah lebih baik daripada wanita musyrik, walaupun dia mengkagumkan kamu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sehingga mereka beriman. Sesungguhnya hamba yang mukmin lebih baik daripada orang musyrik, walaupun dia mengkagumkan kamu. Mereka itu mengajak kepada neraka, sedang Allah mengajak kepada surga dan keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia supaya mereka mempelajari”

2.     Untuk menghukum perkahwinan pasangan tersebut sebagai tidak sah, memerlukan penelitian. Apakah benar hanya itu upacara akad perkahwinan yang mereka lakukan atau telah terdahulu sebelum itu upacara yang lain yang memenuhi syarat yang syarak tetapkan? Apakah benar salah satu pasangan tidak menganut Islam? Hal ini perlu kepada semakan dan siasatan sebelum menghukum mana-mana pihak. Berhati-hati itu disuruh oleh agama.

3.     Perbuatan sujud kepada selain ALLAH adalah haram dengan sepakat para ulama. Pelakunya berdosa besar. Namun, apakah seseorang itu menjadi kafir dengan perbuatan tersebut? Perkara ini terbahagi kepada dua keadaan. Pertama; jika seseorang itu sujud kerana ibadah, dalam ertikata mengagungkan yang disujudkan seperti Tuhan maka dia menjadi kafir. Kedua, jika dia sekadar memberikan penghormatan (tahiyyah) tidak bermaksud ibadah, maka itu tidak menjadikannya kafir. Perbuatan itu dilarang dalam syariat Nabi Muhammad s.a.w. Ia diizinkan pada mereka yang terdahulu seperti sujud malaikat kepada Adam (lihat: Surah al-Baqarah ayat 34 dan banyak ayat lain), sujud kaum keluarga Nabi Yusuf kepada baginda semasa berada atas singgahsana kerajaan (lihat: Surah Yusuf ayat 100) dan beberapa peristiwa yang lain. Itu semua adalah sujud penghormatan bukan ibadah.

4.     Ertinya, dalam syariat Nabi Muhammad, perbuatan sujud kepada selain ALLAH itu haram, namun untuk menghukum pelakunya menjadi kafir memerlukan penelitian. Kata al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) dalam al-Sail al-Jarrar: “Ketahuilah bahawa menghukum seseorang muslim keluar dari agama Islam dan menjadi kafir, itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang beriman dengan ALLAH dan Hari Akhirat kecuali dengan bukti yang lebih terang daripada mentari di siang hari. Ini kerana telah sabit dalam hadis-hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada sekumpulan sahabat Nabi bahawa sesiapa yang menyatakan kepada saudaranya ‘wahai kafir’ maka ia akan kembali kepada salah seorang mereka…”. Kemudian al-Imam al-Syaukani mengulas tentang sujud kepada selain ALLAH, kata beliau: “Hendaklah dikaitkan bahawa sujud seseorang itu bertujuan kerana rububiyyah (ketuhanan) pihak yang dia sujud kepadanya. Maka, dengan sujud itu dia telah mensyirikkan ALLAH dan menetapkan bersamaNYA tuhan yang lain. Adapun jika dia tidak bermaksud kecuali memuliakan (pihak yang disujud) seperti yang terjadi pada orang yang masuk kepada raja-raja asing di mana dia mencium tanah sebagai memuliakannya. Ini bukan kekufuran sama sekali.

Sumber : FB Drmaza

Isu membabitkan perkahwinan seorang wanita IsIam Malaysia dengan pemain hoki India, yang dikatakan mengikut upacara Sikh mencetus perdeb4tan ramai.

Tampil mengulas perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad meminta semua pihak agar bersabar dan tidak membuat dkwaan melulu terhadap wanita terbabit.

Dr Zulkifli berkata semua pihak sebaiknya menunggu penjelasan pihak bert4nggungjawab, iaitu pihak berkuasa agama negeri.

” Tindakan memp0Iitikkan isu-isu sens1tiviti agama seperti ini adalah perbuatan yang tidak matang, malah tidak menguntungkan agama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dia mengulas video tular majlis perkahwinan yang didakwa dilakukan mengikut upacara agama Sikh berlangsung di India, yang mencetuskan tanda tanya berhubung status agama wanita yang berasal dari Johor itu.

Sependapat dengan Sultan Johor

Dr Zulkifli juga sependapat dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar orang ramai tidak cepat membuat kesimpulan atas sesuatu sebaran berita yang tidak dapat disahihkan.

” Suka saya untuk menasihati diri saya dan semua umat IsIam di Malaysia untuk lebih berhati-hati dalam menanggapi sebarang isu yang berlaku dengan berhemah.

” Seorang Muslim, perlu sedaya upaya memastikan Muslim yang lain kekal dalam agamanya, bukan berusaha mengeluarkannya dari agama IsIam,” katanya.

Kenyataan itu hadir selepas beberapa pihak menggesa Zulkifli mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara itu, termasuk Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Bahrin Shah yang mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Zulkilfli selaku menteri agama, berdiam dalam hal tersebut.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaari berkata pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama IsIam Johor (Jaij) berhubung status agama wanita itu dan akan memanggilnya apabila dia kembali ke Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, Zulkifli turut menjelaskan proses penukaran agama individu yang ingin masuk IsIam, rekod pengisIaman individu berada di bawah seliaan pihak berkuasa negeri, selepas ucapan dua kalimah syahadah dan pendaftaran keisIaman dibuat.

” Saya dimaklumkan, hal ini sedang dalam siasatan pihak berkuasa agama negeri di Johor.

” Dalam hal status agama seseorang, Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan seseorang yang berbangsa Melayu itu adalah beragama IsIam.

Jangan mudah hukvm orang lain murt#d

” Oleh itu, tidak semudahnya bagi sesiapa untuk menghukvm seseorang yang berbangsa Melayu itu murt#d hanya berdasarkan khabar yang belum dipastikan kesahihannya,” jelasnya.

Berkenaan soal perkahwinan pula, dia berkata berdasarkan Sksyen 10, Enakmen Undng-Undng Keluarga IsIam, perkahwinan antara pasangan beragama IsIam dengan bukan IsIam tidak dibenarkan di negara ini, selagi individu bukan IsIam itu tidak memeluk agama itu.

” Bagi perkahwinan Muslim yang dibuat di luar negara, permohonan perkahwinan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Perkahwinan, Penc3raian dan Ruju’ di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul Malaysia di negara tersebut.

” Perkahwinan ini juga hendaklah didaftarkan selepas pasangan pulang ke Malaysia,” katanya.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : http://limauais.pw/2020/12/21/dr-zulkifli-kapten-hoki-india/

Be the first to comment on "Isu Perkahwinan llli Najwa, Mufti Perlis Dr MAZA & Menteri Agama Dr. Zulkifli Mula Buka Mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*