Pernah Dirai Selepas Menang AF, Mawi Bantu Baik PuIih Masjid Di Kelantan

Penyampai radio Zayan, Mawi memilih Kelantan sebagai destinasi untuk inisiatif kerja amal sukarela bagi menzahirkan keprihatinan kepada negara tercinta.

Jelas Mawi, Kelantan dipilih sebagai destinasi kerana kenangannya diraikan di negeri tersebut selepas dinobat sebagai penyanyi fen0mena tsumawi.

“Saya memilih untuk berkhidmat dalam kerja amal di Kelantan kerana negeri ini memiliki ciri ciri yang sangat memberi ketenangan apatah ianya digeIar negeri serambi Mekah.

“Lagipun sebenarnya walaupun saya anak jati Johor, berbakti kepada negeri lain ini adalah bukti sebagai kita semuanya adalah satu. Malaysia itu adalah kita semua,” ujarnya.

Antara aktiviti yang akan dilakukan dalam lawatannya ke Kelantan ialah, melawat masjid-masjid bersejarah dan lokasi-lokasi yang memiliki kisah kisah berkaitan keagamaan.

GOKELANTAN adalah kempen yang dicetuskan oleh Pengurus Kandungan Radio Zayan sendiri, Wan Syahrul Amry Wan Mansor.

Sebagai anak jati negeri Kelantan, beliau ingin melihat negeri keIahirannya semaju negeri negeri lain di Malaysia.

Wan bekerjasama dengan Mawi memandangkan kedua-duanya memiliki minat yang sama terhadap kerja amal berkaitan memulihara senibina masjid dan surau.

“Saya berharap, lebih ramai selebriti atau influencer yang mengikuti jejak langkah Mawi iaitu dengan memanfaatkan populariti yang dikurniakan Allah taala,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Pernah Dirai Selepas Menang AF, Mawi Bantu Baik PuIih Masjid Di Kelantan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*