“Sandwich Ada Sos & Mayonis Saya Terus Menangis” – Fazura Kagumi Kesabaran Fattah Layan Ibu HamiI

Aktres jelita, Nur Fazura kagum dengan kesabaran suaminya, aktor Fattah Amin dalam melayan kerenah sepanjang proses kehamiIannya.

Menurut Fazura, dia berasa kasihan terhadap kesungguhan yang diberikan oleh suaminya itu.

“Saya akui dia sangat sabar melayan kerenah saya, ketika awal kehamiIan saya agak cerew3t mengenai soal pemakanan.

“Pernah suatu hari, dia ada membawa balik sandwich, dan saya memang tidak menggemari sos atau mayonis.

“Bagaimanapun sandwich yang dibeli mengandungi bahan tersebut dan saya terus menangis. Dia tenangkan saya, lalu sanggup keluar semula demi mendapatkan sandwich baru tanpa sos dan mayonis,” katanya.

Fazura berkata demikian ketika ditemui di majlis Tea Party With Fazura di Sungai Buloh sebentar tadi.

Tambah Fazura, dia turut menyifatkan suaminya itu mudah mengalah apabila ada sesuatu yang membabitkan dirinya.

“Melihat kepada kesabarannya melayan saya, saya minta ampun kerana rasa bersaIah dan kasihankan dia.

“Malah, dalam apa sahaja perkara, dia akan menangkan saya,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Fazura baru sahaja meIancarkan jenama penjagaan kulit Fazura Skincare.

Set eksklusif tersebut lengkap dengan pencuci wajah, skrub wajah, krim siang dan malam juga serum bersaiz mini pada harga RM89.90 satu set.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Sandwich Ada Sos & Mayonis Saya Terus Menangis” – Fazura Kagumi Kesabaran Fattah Layan Ibu HamiI"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*