Sambut Anniversary Perkahwinan, Foto Foto ‘Dating’, Ustaz Don Dan Isteri Tarik Perhatian

Baru menyambut ulang tahun perkahwinan yang kelapan beberapa hari yang lepas, foto Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid bersama isteri telah tuIar di media sosial.

Bergambar dengan gaya santai dan penuh karisma, Ustaz Don serta isterinya Dr Husna Zahry Rafie telah mendapat pujian warganet kerana terlihat style.

Namun begitu, foto mereka ‘dating’ bagi menyambut ulang tahun perkahwinan di sebuah restoran di hotel begitu menarik perhatian warganet.

Foto-foto tersebut telah dimuat naik oleh isteri Ustaz Don dengan ucapan romantis kepada suami selepas pendakwah muda itu memuat naik ucapan buat isterinya sebelum ini.

View this post on Instagram

Dengan nama Allah Taala aku mulai; Selamat Hari Ulang Tahun Pernikahan Wahai Cinta Hati Hinggap mari di pohon duku Duku dekat pohon melati Cintaku puteri belahan jiwaku Hatiku terlekat sampai ke mati Naik kapal sampai ke Cina Kapal asap berbunga-bunga Wahai Cik Adik, Abang nak tanya Apakah penyakit tidur tak lena Hutan melarat dimakan api Pokok diranam habis mati Intan manikam mahligai hati Kalau hilang payah berganti Sayang jembalang bermata tujuh Ditukang oleh tukang emas Jangan digusar jangan digaduh Di dalam tangan digenggam kemas ‎إنْ شَآء الله 23/08/2020 P/S : Selamat Hari Ulang Tahun Pernikahan buat Ibu & Bapak… kerana Ibu n Bapak punya tarikh ni, kami menumpang amik #barakah .

A post shared by Daniyal Biyajid (@ddaniyaldbiyajid) on

Dalam kapsyen yang ditulis isteri Ustaz Don, Dr. Husna memberi bayangan bahawa bakal menimang anak keempat selepas mempunyai 3 orang anak lelaki sebelum ini.

Hal tersebut pastinya membuatkan ramai kenalan dan warganet ternanti-nanti berita gembira tersebut yang sama-sama berasa seronok melihat kebahagiaan pasangan ini.

Oleh hal yang demikian, menerusi Instagram, rata-rata warganet telah mengucapkan selamat hari ulang tahun perkahwinan buat pasangan ini dan sempat menitipkan ucapan tahniah andai benar bakal menimang seorang lagi cahaya mata tidak lama lagi.

Mereka juga mengakui suka melihat kebahagian Ustaz Don dan isteri yang terlihat sangat sepadan dan mendoakan agar mereka terus bahagia hingga ke Jannah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber:

Be the first to comment on "Sambut Anniversary Perkahwinan, Foto Foto ‘Dating’, Ustaz Don Dan Isteri Tarik Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*