Giliran Fizo Omar Pula Kena Serang, Netizen Puji Zarina Anjoulie

 

Beberapa hari lepas telah tular kisah segelintir artis didakwa cuba menyelit dalam golongan yang dilayakkan untuk menerima bantuan dari kerajaan sepanjang PKP.

Isu tersebut bangkit apabila penyanyi Black Hanifah menyuarakan pendapat bahawa golongan penggiat seni juga patut mendapat bantuan dari kerajaan kerana ramai yang tidak dapat meneruskan projek-projek hiburan seperti biasa ekoran PKP.

Kenyataan Black itu dibidas netizen kerana menganggap artis tempatan mementingkan diri sendiri dan tidak patut membandingkan kesusahan artis yang bergaya hidup mewah dengan rakyat yang bergaya hidup sederhana dan miskin.

Namun lebih menghangatkan keadaan, influencer terkenal Zarina Anjoulie turut tampil mengecam artis-artis yang dianggap ‘tidak malu’ meminta bantuan dan mengambil kesempatan walaupun menggunakan kereta mewah dan selalu pergi bercuti.

Tambahan pula, bekas pelakon yang mesra dipanggil Anju itu turut giat melakukan derma dan sumbangan kepada golongan yang tidak berkemampuan selain membuat review percuma di Instagramnya untuk peniaga-peniaga kecil.

Sikap prihatin dan pemurah pelakon itu mendapat pujian netizen dan ramai mengaku menyokong luahan Zarina Anjoulie walaupun dia sering dianggap sebagai artis bermasalah.

Terbaru, giliran pelakon Fizo Omar pula di’serang’ oleh Anju apabila Fizo dikatakan meninggalkan komen di videonya.

Namun komen Fizo itu melantun pada diri sendiri apabila Anju membalas komennya dan memuat naik video untuk mengingatkan bekas suami Mawar Karim itu supaya membantu masyarakat yang selama ini telah menyokongnya.

Tindakan Anju mengecam artis-artis tempatan yang didakwa cuba mengambil kesempatan tanpa usaha untuk membantu golongan yang miskin membuat rata-rata netizen setuju dan menyokong kata-katanya.

Sumber: Twitter

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Giliran Fizo Omar Pula Kena Serang, Netizen Puji Zarina Anjoulie"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*