“Sepatutnya Saya Ke Jakarta Pada 20 April Ini, Tapi…” – Uyaina Arshad

Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mendedahkan perancangannya untuk ke Jakarta, Indonesia terpaksa dibatalkan kerana penularan wab4k C0VID-19.

Kata Uyaina, dia sepatutnya terbang ke sana pada 20 April ini untuk menerima tawaran menjadi hos.

“Disebabkan penularan wab4k C0VID-19 di seluruh dunia, saya terpaksa membatalkan perancangan itu.

“Saya mahu ke sana kerana menerima tawaran mengacarakan sebuah program Ramadan di salah sebuah stesen televisyen Indonesia.

“Jika tidak, tahun ini akan menjadi tahun ketiga saya menjalani ibadah puasa di Indonesia,” katanya.

Tambah bintang utama drama bersiri Jujurlah Nikahi Aku ini, jika wab4k C0VID-19 ini berakhir, dia bakal ke Jakarta pada hujung tahun ini.

“Insya-Allah, kalau penularan pandemik ini berjaya diatasi, saya bakal ke Jakarta pada penghujung tahun ini untuk menjadi pengacara di sana.

“Tetapi, semuanya bergantung kepada keadaan semasa. Apa yang penting sekarang, saya mendoakan agar semuanya segera berakhir dan buat masa ini, saya memohon agar semua pihak memberikan kerjasama untuk mengekang w4bak ini,” katanya lagi.

Imbas semula drama bersiri Jujurlah Nikahi Aku lakonan Uyaina di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I miss working all day, everyday 😞 Ya Allah, semoga wabak ini berakhir dengan cepat. Aamiinnnnn 🤲🏻

A post shared by UA (@uyainaarshad) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber:GEMPAK

Be the first to comment on "“Sepatutnya Saya Ke Jakarta Pada 20 April Ini, Tapi…” – Uyaina Arshad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*