“Nasib Aku Bukan Artis” – S1ndiran Aeril Zafrel Terhadap Seniman Memang Padu

 

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, majoriti rakyat Malaysia hilang sumber pendapatan. Situasi ini membuatkan kerajaan mewujudkan Pakej Rangsangan Ekonomi untuk membantu rakyat yang berada dalam kesusahan.

Namun, lain pula yang terjadi apabila beberapa selebriti dilihat kurang senang dengan bantuan ini, malah mereka meminta kepada kerajaan untuk memberikan bantuan khas kepada penggiat seni.

Dalam post Persatuan Seniman Malaysia baru-baru ini, mereka menyenaraikan cadangan bantuan khas yang ingin diminta kepada kerajaan.

Berikut adalah beberapa permintaan Seniman:

1. E-wallet RM500 – RM1k

2. Baucer pembelian barang keperluan diri dan rumah

4. Pemeriksaan covid percuma di hospital kerajaan DAN HOSPITAL SWASTA.

3. Bantuan khas RM1k SETIAP BULAN untuk tempoh 6 BULAN.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

CADANGAN SENIMAN KEPADA PIHAK KERAJAAN MELALUI AGENSI FINAS DAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI MULTIMEDIA BANTUAN COVID-19 PENGGIAT SENI 2020 Apakah bentuk bantuan one off kepada penggiat seni filem, drama dan muzik perlukan? Dan bagaimana SENIMAN dapat mencadangkan bantuan yang bersesuaian melalui Kementerian komunikasi multimedia menerusi pakej rangsangan ekonomi 2.0 Covid-19? 1) Cadangan Projek Inisiatif – Pakej Rangsangan Ekonomi 2.0 Covid19 KKMM (Bantuan Kecemasan)- Cadangan Nama Bantuan : BANTUAN KHAS COVID-19 PENGGIAT SENI MALAYSIA (COVIDSENI-2020) 2) BANTUAN KHAS E-TUNAI ATAU TUNAI RM 500 HINGGA RM 1000 MENGGUNAKAN PEMBAYARN MELALUI ELECTRONIC FUND TRANSFER (EFT) Saraan (mengikut kriteria) Semasa Krisis (untuk bayaran keperluan rumah seperti beras, mineral water dan barang keperluan penting semasa PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3) “Skim Kerugian Seni” bantuan kerugian dari min RM 1000 ke RM 3000 menangung kerugian penanguhan pengambaran, promosi, persembahan dan yang lain lain melalui PKP dan segala kerja seni tertangguh dan mengalami kerugian skim ini sebagai jaminan. 4) BAUCER KEPERLUAN DIRI DAN RUMAH UNTUK ANAK SENI, JAMINAN KERAJAAN MELALUI KPDHEP DENGAN KERJASAMA PASARAYA SEPERTI TESCO, GIANT, NSK, MYDIN DAN SEBAGAINYA. 5) PEMERIKSAAN COVID 19 KESIHATAN PERCUMA UNTUK PENGGIAT SENI DI HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA (yang memerlukan sahaja) 6) DANA KHAS PERSATUAN PERSATUAN SENI BAGI KEMPEN COVID 19 UNTUK MEMBANTU KERAJAAN MEMBERI PENERANGAN KEPADA RAKYAT DENGAN LEBIH BERKESAN. 7) SISTEM BANTUAN PENGGIAT SENI YANG TIDAK MEMPUNYAI KWSP Bantuan kewangan Khas sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan yang diberikan kepada penggiat seni Malaysia.

A post shared by Persatuan Seniman Malaysia (@persatuansenimanmalaysia) on

Permintaan ini dilihat agak keterlaluan bagi netizen yang menganggap penggiat seni juga sama seperti rakyat Malaysia yang lain.

Melihatkan situasi ini, Aeril Zafrel tampil dengan satu kenyataan seolah-olah meny1indir kerenah beberapa penggiat seni ini. Amboi!

 

Melihatkan response netizen yang terhibur dengan kenyataan itu, Aeril memuat naik lagi dua tweet yang berbunyi:

“Aku tiktok femes. Aku jugak army”

Untuk meredakan keadaan yang dilihat begitu tegang di antara netizen dan golongan penggiat seni, Aeril juga dilihat sempat bergurau senda dengan netizen. Sempoi betul!

Foto: Twitter

Semoga kemelut kecil ini dapat diselesaikan dengan segera. Penggiat seni juga rakyat Malaysia, sewajarnya mereka memohon bantuan seperti kita semua juga.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber : – CARI

Be the first to comment on "“Nasib Aku Bukan Artis” – S1ndiran Aeril Zafrel Terhadap Seniman Memang Padu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*