“Kita Masing-Masing Ada Buat D0sa” – MK Jelas Isu Pakai Barang Perhiasan Emas

Penyanyi rap kumpulan K-Clique MK menegaskan dia tahu kesalahan seorang lelaki memakai barang perhiasan daripada emas.

Menurut MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 24, sebelum ini memang ada ramai peminat yang turut mengingatkannya tentang perkara itu.

“Saya pakai emas ketika buat persembahan sahaja. Ini pun semuanya kerana minat. Saya faham benda ni har4m. Tapi saya sekadar pakai tapi memang tidak dinafikan perkara ini salah.

“Tapi apa boleh buat, minat kan so langgar sahaja lah,” kata MK kepada Gempak.

MK ditemui ketika Anugerah Era Digital Muzik (EDMA) yang diadakan di Battle Arena, Petaling Jaya pada Jumaat.

Tambah MK lagi, dia tidak pernah mendorong para peminat yang terdiri daripada golongan muda untuk mengikut perbuatannya.

 

“Kalau artis nak dilabel sebagai contoh ataupun ikon, ada ramai lagi yang menunjukkan contoh yang tak baik.

“Imej yang saya tunjuk, saya tak pernah provoke orang untuk ikut pakai sama tapi pada masa yang sama saya tetap menasihati peminat untuk buat perkara-perkara yang baik.

“Saya tetap akan pakai emas. Kita masing-masing pend0sa tapi bukan tugas kita untuk menilai. Sendiri punya d0sa, sendiri tanggung. Keep it real,” jelasnya lagi.

Sekadar info, nama MK dan K-Clique semakin popular apabila lagu duet bersama Alif berjudul Mimpi menjadi lagu hit sepanjang tahun 2019.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber:

Be the first to comment on "“Kita Masing-Masing Ada Buat D0sa” – MK Jelas Isu Pakai Barang Perhiasan Emas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*