“Dunia ni dah…”- Cari redha Allah, Tunku Hanis tolak watak ‘free hair’

Pelakon Tunku Hanis membawakan watak antagonis dalam drama trending, Leftenan Zana akui kini sudah bertudung dan rupanya sudah hampir setahun.

Menerusi sumber, Tunku Hanis memberitahu bahawa dia sudah mengenakan hijab sepenuhnya sejak tahun lalu selepas tamat drama bersiri berkenaan yang ditayangkan pada 2019.

Tunku Hanis akui sudah bertudung

“Ya, saya memang dah berhijab dan hampir setahun saya memakai hijab selepas tamatnya drama bersiri Leftenan Zana ditayang di TV3 tahun lalu.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Langit yang cerah. ❤️

A post shared by Miss TH (@tunkuhanis) on

Dalam pada itu, pelakon ini membuat keputusan berkenaan setelah dia mencari keredhaan Allah yang membuatkan dia tekad untuk berubah.

Tambahnya lagi, dia juga terpaksa menolak banyak tawaran berlakon selepas berhijab berikutan ada yang memerlukan dia untuk free hair.

Tolak watak free hair

“Entahlah rasa dunia dah penghujung, pusing kiri pusing kanan banyak benda jadi iktibar buat saya, yang ternyata penghujungnya, redha Allah yang kita semua perlu cari.”

“Ada terima banyak tawaran lakonan terutama sekali watak antagonis tapi saya terpaksa tolak sebab semua kena ‘free hair’, watak lain ada terima tapi saya tolak juga masa tidak mengizinkan sebab sekarang saya dah fokus perniagaan saya.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

So whats next? Im loving the path that im taking, its not about the journey but its the destination that im focusing onto. 💋

A post shared by Miss TH (@tunkuhanis) on

Meskipun ada juga watak lain yang diterimanya namun dia juga menolak kerana masa tidak mengizinkan kerana dia kini fokus dengan perniagaan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: HCL

Be the first to comment on "“Dunia ni dah…”- Cari redha Allah, Tunku Hanis tolak watak ‘free hair’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*