“Sekiranya Saya H4mil, Pastikan Skrip Itu…,” – Ini Makluman Awal Elly Mazlein

Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein akui dia dan suami, Mohamad Azlan Che Noh ada merancang untuk berbulan madu di London tidak lama lagi.

Mengikut perancangan, keduanya akan ke sana menjelang musim cuti persekolahan beberapa bulan lagi.

“Jadual saya penuh hingga bulan Julai. Akan tetapi insyaAllah kami ada merancang untuk bulan madu pada Mac depan. Tapi kami pergi bulan madu bukan berdua ya.

“Kami akan pergi bertiga, tak kan tinggalkan anak.

“InsyaAllah kita akan ke London, sepanjang musim sekolah. Tapi itu adalah perancangan  sahaja,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai perancangan cahaya mata, Azlan yang bertugas sebagai guru mewakili isterinya, tidak menolak rezeki zur1at andai dikurniakan awal.

“Perancangan zur1at pula, kalau segera okaylah,” katanya ringkas.

Ditanya mengenai hal tersebut memandangkan jadual seni penyanyi Bungaku Bakawali itu penuh sehingga Julai, bintang itu memberitahu dia awal-awal sudah memaklumkan sebarang kemungkinan kepada pihak produksi.

“Jujurnya, saya sudah ada beritahu dengan pihak produksi yang terlibat, sekiranya saya h4mil pastikan skrip itu ada melibatkan saya mengandung.

“Saya sudah maklumkan awal-awal kepada produksi yang akan saya sertai nanti dan setakat ini, tiada masalah,” jelasnya.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 18 Januari lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dengan sekali lafaz.

Sebelum ini, Elly mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta, pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, 4.

Kemudian keduanya berpis4h pada 15 Oktober 2015.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: HM

Be the first to comment on "“Sekiranya Saya H4mil, Pastikan Skrip Itu…,” – Ini Makluman Awal Elly Mazlein"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*