“Dari Raja ke Maharaja…”- Trofi Ajak & Fad Bocey curi tumpuan, kapsyen di Instagram…

Trofi kemenangan Ajak dan Fad Bocey dilaman Instagram mendapat perhatian ramai. Bukan calang-calang, masing-masing sudah begitu lama dalam industri hiburan tanah air.

Trofi Ajak & Fad Bocey jadi perhatian

Bagaimanapun, pada Jumaat lalu mereka sekali lagi peroleh kemenangan di program Maharaja Lawak Mega 2019 dengan masing-masing telah membuat persembahan sangat menarik perhatian ramai.

Biarpun begitu, dengan perkongsian daripada pelawak ini dapat dilihat usaha mereka untuk peminat membuatkan mereka berdua menerima ucapan tahniah yang tidak henti-henti.

“Alhamdulillah, 6 musim…”

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah,6 musim yg sgt hebat buat BOCEY,dari bukan siapa2 sampai la ke tahap ini..pelbagai dugaan kami lalui..terima kasih buat insan yg bernama isteri @syaheeraarahman ,sentiasa kukuh menjadi tulang belakang sy,terima kasih mak abah kami,saudara mara dan semua yg terus disisi kami saat naik dan jatuh kami,terima kasih juga buat sahabat2 @fadrangers yg tak jemu dtg setiap minggu utk support sy dan bocey,terima kasih buat sifu2 kami yg bawa kami dan yg bertanggungjawab membentuk kumpulan BOCEY abg @afdlinshaukiofficial dan Allahyarham abg harun salim bachik🙏🏻🙏🏻🤲🏻🤲🏻😘😍 terima kasih utk insan yg buka jalan utk kami @khairulibrahim_ @knizamjamaludin utk peluang yg hebat ini.Waktu itu dah tibe utk kite berehat dari pentas keramat ini sahabat2 ku @acheykintangkintung @abam_bocik ,kita bukak pentas MLM di tempat -3 pada tahun 2013 dan kite tutup seketika perjalanan ini pon di tempat ke 3 utk 2019,ketahuilah bahawa tak kan ku lupakan kenangan indah ini..mungkin ada yg jemu,kami tak ambil hati pon sbb kami pon manusia biasa seperti anda,sifat nya sama dan tak sempurna..sentiasa mencari kelainan..apa pon terima kasih sekali lagi..ada rezeki di panjangkan umur,kite jumpe lagi..Assalammualaikum 3 5 1 1 2 3 🙏🏻🤲🏻🙌🏻😘

Siaran dikongsi oleh FAD & SYAHEERA (@fadbocey) pada

Fad yang merupakan anggota Bocey pada Jumaat lalu memenangi tempat ketiga. Menerusi kapsyen, Fad dilihat bersyukur setelah memasuki program lawak itu selama 6 musim.

Katanya, dari bukan sesiapa sehinggalah ke tahap berkenaan dia akui pelbagai dugaan dilalui dia bersama Abam dan Achey. Selain Fad berterima kasih buat ahli keluarga, Fad juga menghargai isteri yang telah menjadi tulang belakangnya.

Dalam pada itu, dia percaya mungkin ada yang jemu namun dia berkata tidak ambil hati malah akui mereka juga manusia biasa yang tidak sempurna sekaligus mengucapkan terima kasih buat semua.

Tidak hanya Fad, netizen turut mengucapkan tahniah buat kejayaan Ajak Shiro yang memperoleh kemenangan ditempat kelima bersama Ropi dan Pak Ya menerusi kumpulan Rare.

“Dari raja ke Maharaja…”

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dari Raja ke Maharaja😊 . Kemenangan yg Indah untuk PUTEH . Kenangan yg RARE untuk saya😊 . Terima kasih semuanya . #sayaajakdansayatidaksombong

Siaran dikongsi oleh Ajak Shiro (@ajakshiro) pada

Kata ringkas Ajak yang turut berterima kasih kepada semua itu turut meraih perhatian ramai. Malah rata-rata peminat dan pengikut kedua-dua pelawak ini mendoakan yang terbaik buat mereka.

Pada Jumaat lalu, Puteh dinobatkan sebagai juara bagi program Maharaja Lawak Mega 2019.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Ajak, Fad Bocey via HCL

Be the first to comment on "“Dari Raja ke Maharaja…”- Trofi Ajak & Fad Bocey curi tumpuan, kapsyen di Instagram…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*