Hadir Di Program MHI Pagi Tadi, Kata-Kata Puteri Balqis Sungguh Puitis & Buat Ramai Yang Menonton Sebak

Ramai tidak sangka pelakon cilik Puteri Balqis Azizi mengalami perubahan kehidupan yang sangat drastik sehingga terpaksa ikat perut dan menjadi gelandangan demi menjual buku tulisannya.  Terbaru, Aqish dijemput ke program Malaysia Hari Ini (MHI) untuk ditemubual selain turut membantu mempromosikan 38Poems of Puteri Balqis.

Rata-rata netizen terpesona dengan tutur kata dikeluarkan Puteri Balqis yang dianggap sungguh puitis dan matang.

Temubual di program MHI berdurasi 15 minit ini mendekati perkongsian mengenai kehidupan dan kelangsungan hidup Puteri Balqis dan ibunya iatu Norasahikin Mohamad Aziz.

Ibu kepada Aqish turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong mereka dengan kata-kata semangat dan membeli buku tersebut, sekurang-kurangnya keluarga kecil ini mampu melangsaikan hutang dan bil tertunggak hasil daripada jualan itu. Sebelum ini, Norashikin pernah menolak bantuan dari program Bersamamu dengan alasan mereka masih lagi mampu bekerja demi mendapatkan sesuap nasi.

Lebih menjadi perhatian lagi apabila Aqish melontarkan kata-kata puitis yang kedengaran cukup matang dan sungguh positif.

Ibu mana yang tidak mahu melihat anak berjaya dalam pembelajaran.Norashikin juga ditanya mengenai pembelajaran Aqish yang sudah lama tertangguh.

Dikesempatan itu, Aqish turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembeli yang telah membeli buku hasil tulisannya itu.

Buat anda yang ingin dapatkan buku puisi hasil tulisan Puteri Balqis ini, boleh terus hubungi Instagram rockingbalqis atau Whatsapp ke 0164420164. Sekiranya ingin memberi sumbangan berbentuk wang, boleh terus ke akaun Norashikin Mohamad Aziz, 162777190105 (MAYBANK). 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: MHI TV3Malaysia Official via ohbulan!

Be the first to comment on "Hadir Di Program MHI Pagi Tadi, Kata-Kata Puteri Balqis Sungguh Puitis & Buat Ramai Yang Menonton Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*