“Saya Tak Jual Tubuh Untuk Tarik Penonton Ke Pawagam”

Tampil tidak berbaju dalam salah satu babak filem lakonannya yang bakal ditayangkan November ini, Hairul Azreen menafikan d4kwaan sengaja ‘menjual’ tubuh badannya yang sasa untuk melariskan filem tersebut.

Menurut Hairul, babak dia menayang tubuhnya itu adalah demi memenuhi tuntutan watak semata-mata serta atas permintaan pengarah filem itu sendiri dan tiada niat lain.

“Maaf, saya tidak jual tubuh sasa sebaliknya mahu jual babak aksi untuk menarik penonton ke pawagam. Babak tidak berbaju itu dibuat untuk adegan pertarvngan yang dipaparkan dalam filem ini.

“Saya hanya ikut arahan pengarah yang mahu babak tidak berbaju bagi memantapkan jalan cerita,” katanya kepada Harian Metro.

View this post on Instagram

Bukan sekadar aksi di dalam gelanggang! Nantikan kemunculan Wira anda di pawagam nanti! . #WIRA2019 #act2pictures

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Meskipun mengalami keced3raan ketika penggambaran, Hairul memberitahu dia tidak pernah serik. Hairul turut meluahkan rasa bangga dapat bekerjasama dengan pengarah lagak ng3ri terkenal Indonesia yang pernah membintangi filem John Wick, Yayan Ruhian.

“Saya bayangkan diri ini seperti Keanu Reeves yang berdiri di samping Yayan dalam filem hollywood itu. Yayan sangat bagus dan banyak beri tunjuk ajar ketika babak aksi. Malah, dia sangat merendah diri meski sangat terkenal,” katanya.

Rasanya tak salah jika tayang badan untuk filem aksi, jika ada yang kurang senang mungkin kerana mereka iri hati dengan tubuh sasa Hairul.

View this post on Instagram

Move location #PaskalTheMovieRideBasikal

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Rotikaya

Be the first to comment on "“Saya Tak Jual Tubuh Untuk Tarik Penonton Ke Pawagam”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*