“Kerap jadi CEO dalam drama,” akhirnya Mustapha Kamal dapat gelaran Dato’ Paduka

Sering membawa watak-watak sebagai seorang bangsawan dan juga kenamaan, pelakon senior berwajah ‘kaya’, Mustapha Kamal akhirnya dianugerahkan darjat kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi V) membawa gelaran Datuk Paduka.

Penganugerahan tersebut adalah bersempena dengan Hari Keputeraan Rasmi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam. Hal tersebut diperoleh daripada satu posting yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter.

Mustapha Kamal merupakan anak kelahiran Kelantan yang berjaya dalam dunia lakonan sejak muda lagi dan kini menceburkan diri dalam bidang perniagaan minyak wangi.

Menerusi posting yang dibuat Dato’ Sri Shah Rezza pula, beliau telah memuat naik gambarnya bersama pelakon tersebut dengan pingat yang diterimanya sambil mengucapkan tahniah.

View this post on Instagram

Congrats to My Classmate from Standard 1 in S.I.P.S (one ) for receiving an Award this Morning. Proud of U @mustapha_kamal

A post shared by Shah Rezza (@shahrezza61) on

Sebelum ini, Mustapha Kamal kerap mendapat watak sebagai seorang Dato atau pun orang koperat yang memiliki empayar  perniagaan sendiri.

Mungkin atas berkat doa dan usahanya mengharumkan nama negeri Kelantan, Mustapha Kamal akhirnya dianugerahkan pingat oleh Sultan Kelantan. Hal tersebut turut dikongsikan olehnya di Facebook.

Menerusi Facebook sumber, rata-rata warganet telah menurunkan ucapan tahniah kepada pelakon tersebut. Mereka juga sempat mendoakan agar Mustapha Kamal terus sihat dan sejahtera di samping keluarga tercinta.

Walau bagaimanapun, kesahihan pangkat tersebut belum ada sebarang kepastian memandangkan pelakon serior itu hanya menjelaskan bahawa dia menerima pingat daripada Sultan Kelantan dan tidak memaklumkan berkenaan kesahihan pangkat yang diuar-uarkan oleh netizen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: KL Press

Be the first to comment on "“Kerap jadi CEO dalam drama,” akhirnya Mustapha Kamal dapat gelaran Dato’ Paduka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*