“Big brain energy!” – Idea Pemilik Selamatkan Mercedes A45S Daripada Banjir Guna Rim Kertas A4 Dapat Perhatian

Rasanya ramai yang sudah sedia maklum dengan kejadian banjir besar yang berlaku baru-baru ini. Banyak harta benda gagal diselamatkan termasuklah kenderaan.

Bercakap mengenai isu banjir dan kenderaan, baru-baru ini viral di media sosial mengenai beberapa keping gambar yang memaparkan cara seorang pemilik kenderaan menyelamatkan kereta miliknya daripada ditenggelami air bah.

“Nampak macam kelakar tapi idea dia memang terbaik!” – netizen

Memetik laporan portal The Vocket, siapa sangka dengan hanya menimbunkan beberapa rim kertas A4, seorang pemilik kenderaan jenis Mercedes-Benz AMG A 45S berjaya menyelamatkan keretanya daripada ditenggelami air banjir.

Idea ini sekaligus dapat ‘menyelamatkan’ poket pemilik kereta ini daripada kena guna belanja yang banyak bagi kos pembaikian sekiranya kenderaannya tenggelam.

Untuk info, kereta Mercedes-Benz A45S itu dianggarkan bernilai sekitar RM437,673. Harga ni tak termasuk kos lain tau!

 

Posting yang pertama kali dikongsikan di portal Facebook meraih ratusan komen daripada pengguna laman media sosial. Rata-ratanya, kagum dengan ‘kebijaksanaan’ si pemilik kereta. Apa orang cakap, big brain energy gitu!

“Bijak satu hal… rajin satu hal… bertenaga pulak satu hal… ada sumber lagi satu hal… semua owner kereta ni ada. Maka anda hebat!!!” tulis netizen.

“Tak boleh bayang kos repair kalau kereta ni rosak dalam banjir. Rim kertas A4 penyelamat lah!” kata netizen lain pula.

Tidak cukup dengan itu, ada juga pengguna laman sosial lain yang berseloroh mengatakan sales kertas A4 jenama Smartist yang digunakan pemilik kereta ini akan mencanak naik lepas ni.

Ada juga yang bergurau mengatakan pemilik kereta Mercedes ini pasti seorang pembekal kertas A4 Smartist atau salesman Smartist. Marketing terbaik ni!

 

Sumber: The Vocket

 

Sumber : Lobak Merah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : sinarviral

Be the first to comment on "“Big brain energy!” – Idea Pemilik Selamatkan Mercedes A45S Daripada Banjir Guna Rim Kertas A4 Dapat Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*