Pernah Digelakkan Ramai, Idea Abang Ni Bantu Dia Dan Keluarga Hdapi Bnjir

 

 

Bencana banjir yang melanda di beberapa negeri baru-baru ini memperlihatkan pelbagai kerosakan dan kemusnahan kediaman penduduk. Malah, kebanyakan mangsa kini hanya sehelai sepinggan dan mereka perlu kuat untuk membina semula kehidupan lantaran musibah yang dahsyat ini.

Tiada siapa yang menyangka bahawa hujan yang berterusan pada Jumaat lalu membawa kepada kenaikan air sehingga menyebabkan banjir besar itu. Namun, diharapkan ia menjadi pengajaran untuk kita semua dan segala persediaan untuk menghadapi bencana ini pada masa akan datang perlu dilakukan.

Bagi yang sering menghadapi masalah banjir, ada di antara mereka yang sudah bersiap sedia dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyimpan segala barang dan dokumen penting dalam satu ruang khas yang tidak dinaiki air atau membina tempat untuk berlindung untuk seisi keluarga.

Seperti yang dilakukan oleh keluarga Aziela Baharudin ini yang telah membina rumah rakit di atas darat untuk bersiap sedia dengan segala kemungkinan banjir.

Dihubungi oleh SK, Aziela berkata rumah rakit itu dibina oleh abangnya selepas beberapa kali rumah mereka dilanda banjir sebelum ini. Mereka yang tinggal di Kampung Seberang Jelai, Padang Tengku, Kuala Lipis telah mula membina rumah rakit sejak awal bulan Mei 2021 dan hanya mengambil masa selama satu minggu untuk disiapkan.

“Masa yang diambil satu minggu, barang semua dah complete la masa tu,” katanya ketika dihubungi SK.

Menurutnya lagi, keluarga mereka menghadapi bencana banjir sebanyak dua kali pada tahun ini iaitu pada Januari dan minggu lalu. Walaupun pada awalnya ada individu yang dipercayai mencemuh idea rumah rakit itu namun ia benar-benar membantu mereka untuk berlindung ketika banjir besar itu.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisahnya.:

 

 

Idea pernah diketawakan orang.

Menurutnya, abangnya membina rumah rakit tersebut disebabkan telah ‘muak’ kerana terpaksa berulang kali mengangkat barang -barang rumah apabila banjir melanda rumahnya.

Katanya, pada awalnya ada individu yang dipercayai mentertawakan idea tersebut namun ia benar-benar membantu mereka untuk berlindung ketika banjir besar itu.

Sehubungan dari itu, rata-rata warganet memuji akan idea langkah awal yang diambil oleh keluarga tersebut. Malah, ada juga yang berhasrat melakukan persediaan yang sama memandangkan banjir semakin kerap berlaku di kawasan mereka.

 

Sumber:FB(Aziela Baharudin)/SK Via Redaksi

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber :dnq.pw

Be the first to comment on "Pernah Digelakkan Ramai, Idea Abang Ni Bantu Dia Dan Keluarga Hdapi Bnjir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*