Akibat Terlalu Sibuk Urus Anak, Ini Yg Terjadi Kepada Miera Liyana

SIBUK menjalankan tanggungjawab sebagai ibu pada Mei lalu, pelakon Miera Liyana mengakui dia tidak mempunyai masa untuk diri sendiri.

Menurut Miera atau nama sebenarnya Miera Liyana Seri Kasmi, dia sememangnya memberikan keutamaan kepada b4yinya yang kini berusia tujuh bulan.

“Bukan selalu ‘make up’ dan bersiap sejak bergelar ibu sebab tumpuan saya diberikan kepada anak. Nak ambil masa untuk diri sendiri pun saya rasa bers4lah.

Miera 1

Miera utamakan bayinya.

“Sebab saya rasa masa itu seharusnya untuk b4by saya. Apatah lagi, dia masih kecil dan memerlukan tumpuan dan jagaan rapi.

“Saya masih lagi menyesuaikan diri dengan tanggungjawab dan peranan sebagai ibu,” kata Miera kepada mStar.

Miera selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 16 Mei lalu namun sehingga kini masih merahsiakan jantina anaknya.

Saya masih lagi menyesuaikan diri dengan tanggungjawab dan peranan sebagai ibu.

MIERA LIYANA

PELAKON

Dalam pada itu, Miera mengakui dia dan suaminya, Rosland Othman, 47, masih belum bersedia untuk mended4hkan wajah dan jantina cahaya mata sulung mereka.

Miera juga meluahkan rasa syukur kerana mempunyai suami dan keluarga yang banyak membantu dalam menguruskan anaknya.

“Buat masa ini saya belum lagi bersedia untuk mendedahkan wajah dan jantina anak sulung dan keputusan ini adalah permintaan daripada suami

Miera 2

Miera bersyukur suami banyak bantu.

“Saya sangat bersyukur suami memang banyak membantu tukar lampin dan mandikan anak, walaupun dia sibuk balik lepas kerja, dia tetap jaga anak dan melayan kerenah saya.

“Selain suami, mak saya turut banyak membantu dengan tanggungjawab saya sebagai ibu,” ujar Miera.

Untuk rekod, pelakon drama Memori Cinta Suraya ini mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan itu pada 26 Julai tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Akibat Terlalu Sibuk Urus Anak, Ini Yg Terjadi Kepada Miera Liyana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*