”Nak GeIak Juga Nengoknya”-Ustaz Syamsul Debat Berlakon Dalam Drama

Nama Ustaz Syamsul Debat cukup dikenali ramai kerana percakapan loghat Negeri Sembilan darinya ketika memberi ceramah agama. Malah mukanya yang kadang-kadang serius tetap membuatkan ramai terhibur dengan lawak dari insan ini.

Bagaimanapun baru-baru ini kemunculan Ustaz Syamsul Jebat berlakon dalam drama telah mencuri perhatian ramai. Lakonan Ustaz Syamsul dalam drama berjudul ‘Keluarga Untuk Disewa’ yang disiarkan di TV9 ini telah membuatkan ramai rasa tidak percaya.

Malah perkongsian satu babak lakonan Ustaz Syamsul dalam drama ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi aplikasi tersebut. Berikut adalah rakaman babak Ustaz Syamsul Debat berlakon dalam drama tersebut:

Muka tetap serius, tapi lakonannya nampak sangat selamba dan tidak kaku langsung! Dalam diam ada bakat lakonan rupa-rupanya. Apa-apa pun baru sahaja dikongsikan satu rakaman babak lakonannya telah membuatkan ramai memuji dan teruja mahu menyaksikan drama ini.

Perkongsian rakaman Ustaz Syamsul Debat berlakon drama oleh pengguna TikTok dengan nama akaun hidayahsalim ini telah meraih hampir sejuta tontonan dan 76 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Aku nak gelak je dengar ustaz ni cakap..Tak lawak pun aku tetap rasa lawak”

“Serius je ustaz tapi nak gelak jugak nengoknye”

“Bilo bahasa nogori dah mai..Memang kelakor jawabnye”

“Adoii lah ustaz..Cuak dah semua”

“Sejak bilo jadi pelakon ni ustaz…ado bakat laaa..orang nismilan mantap”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber:HCL

Be the first to comment on "”Nak GeIak Juga Nengoknya”-Ustaz Syamsul Debat Berlakon Dalam Drama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*