“Pandu kereta pun mengaji..” – Bella Astillah Mula Belajar Agama

Selari dengan perubahan positif suaminya, Aliff Aziz, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah juga dalam proses untuk mendekati agama secara lebih mendalam.

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, mengakui sedang dalam proses bagi mendalami ilmu agama seiring dengan perubahan ‘Islamik’ suaminya yang juga penyanyi Singapura, Aliff Aziz.

Katanya, hampir setiap hari dia mengikuti kelas agama bersama rakan-rakan artis yang lain termasuk Amyra Rosli, Lisa Surihani dan Liyana Jasmay.

“Saya mendapat tunjuk ajar kelas agama daripada Salima Habibi bersama rakan-rakan artis wanita lain.
“Kami ada grup dan akan sentiasa cari masa untuk belajar ilmu agama. Macam saya tengah bawa kereta pun, tetap akan mengaji. Walaupun Amyra Rosli tengah shooting, tengah berhenti solek, dia pun sama.
“Jadi, kita nampak usaha semua orang. Sebenarnya, semua bermula daripada ‘zero’ di mana kita mula daripada ‘alif ba ta’ sebab nak perbaiki sebutan dan perkara itu bagus. Orang cakap, semua sama level,” katanya.

Selain itu, penyanyi berusia 27 tahun itu mengambil dari sudut positif apabila suaminya menyertai program Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) meskipun Aliff juga dalam fasa mendekatkan diri kepada agama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

“Sepanjang kenal Aliff dari usia 18 tahun, saya tak pernah tengok perubahan dirinya sampai tahap sekarang. Saya tak tahu nak gambarkan bagaimana tapi saya sangat gembira dengan dirinya.
“Aliff masuk GV8 dengan niat untuk buat kemunculan semula sebagai seorang penyanyi. Benda ini tak ganggu pun apa yang dia buat sekarang. Insya-Allah, saya bagi sokongan dan semangat.
“Saya tahu orang akan cakap itu ini tapi kita tak boleh puaskan hati semua orang. Sebagai isteri, saya tahu dia sedang buat yang terbaik bukan orang orang lain tetapi dirinya sendiri,” kongsinya.

Sebelum ini, Aliff atau nama penuhnya Mohamad Aliff Aziz melalui pelbagai fasa kontroversi berhubung rumah tangganya sebelum berjanji untuk berubah dan kini dilihat aktif menyertai jemaah tabligh.

Terdahulu, Aliff beberapa kali terpalit beberapa kontroversi yang turut menggangu-gugat keharmonian rumah tangganya dengan isteri dan mencalarkan reputasinya sebagai seorang anak seni.

Sejak akhir-akhir ini, pelantun lagu Sayang Sayang itu bagaimanapun menunjukkan perubahan positif terutama tatkala pandemik Covid-19 apabila acapkali dilihat menyertai jemaah tabligh bagi tujuan mendekatkan diri dengan agama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Kosmo

Be the first to comment on "“Pandu kereta pun mengaji..” – Bella Astillah Mula Belajar Agama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*