Ozlynn Dedah Wajah Anak Ke-6, Ramai Puji – “Comelnya, muka macam si abang..”

Selepas berusia dua bulan, pelakon Ozlynn Waty mended4hkan sebahagian wajah cahaya mata perempuannya yang diberi nama sebagai Cherdiq kepada orang ramai.

Menerusi sekeping foto, pelakon berusia 40 tahun itu ‘menceritakan’ ragam dan tingkah laku anak keenamnya itu dengan memuat naik sekeping foto di laman Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

“Assalammualaikum.. nama saya Cherdiq, hari ni saya berumur 2 bulan 6 hari. Saya dah mula pandai h1sap jari masa usia sebulan.. mama kena p0t0ng kuku saya setiap minggu sebab risau saya luka.
“Ye rambut saya lebat, kening warna brown.. mama panggil saya Shinchan. Saya tak suka tapi kena buat2 suka sebab nak mama happy. Saya suka tidur atas dada papa.. mungkin sebab papa ada kontrak dengan tilam Vono sebab empuk.
“Saya dah pandai berbual.. susu badan kegemaran saya. Tapi kalau mama penat, papa suapkan botol. Nanti saya pujuk papa saya supaya bagi tengok muka penuh saya okey,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu memuji kecomelan anaknya selain mendoakan Cherdiq supaya membesar dengan sihat dan baik.

Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail berkahwin dengan pelawak Johan pada 25 Julai 2009 dan turut dikurniakan Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleq.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: Instagram Johan & Ozlynn

Be the first to comment on "Ozlynn Dedah Wajah Anak Ke-6, Ramai Puji – “Comelnya, muka macam si abang..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*