Jen̷az̷ah Rabit̷ah selam̷at dikebumi di Australi̷a

JENAZAH Rabitah Hamed, 49, yang meninggal dunia dalam kemalangan di Griffith, Australia, pada 8 Februari lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Griffith, kira-kira jam 12 tengah hari ini.

Abang iparnya, Mukhti Mat Jusoh, 58, berkata mereka sekeluarga bersyukur kerana penantian keluarga yang mahu jenazah dikebumikan segera akhirnya tercapai, walaupun terpaksa menunggu selama 10 hari.

Katanya, keluarganya termasuk tiga anak arwah berusia 14 hingga 26 tahun tetap reda dengan apa yang berlaku, walaupun tidak dapat wajah arwah buat kali terakhir.

“Memang kami berharap sangat supaya jenazah dapat dibawa pulang ke Malaysia, namun disebabkan banyak proses yang perlu dilakukan, kami reda arwah dikebumikan di Australia.

“Kami minta rakan arwah di sana, membuat rakaman langsung keadaan di sana ketika pengebumian dilakukan, dapat juga kami melihat di sini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mukhti berkata, keluarga akan meneruskan majlis tahlil untuk arwah di masjid dan surau di kawasan ini sehingga hari ke-14.

“Saya juga akan menunaikan amanah Allahyarham untuk menjaga ketiga-tiga anaknya (Rushaniena Izani, 26; Ridwana Ardini, 19 dan Rafiq Afif Rusman, 14),” katanya.

Mukhti berkata, mereka sekeluarga berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang menghulurkan derma bagi menampung kos pengebumian Rabitah.

Dalam kejadian 8 Februari lalu, Rabitah maut terbabit dalam kemalangan selepas dipercayai cuba mengelak haiwan yang melintas di Griffith, Australia.

Rabitah maut di tempat kejadian akibat terpelanting keluar dari kereta dipandunya yang kemudian terjatuh ke dalam tali air berdekatan.

SUMBer:cempedakcheese

Perhatian! Pihak mymetro.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Jen̷az̷ah Rabit̷ah selam̷at dikebumi di Australi̷a"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*