Dulu penyanyi rock terkenal, kini ambil upah kutip samp̷ah demi sesu̷ap rezeki

SLIM RIVER – Lagu Bila Bunga Dipetik Orang dan Kerana Menyintaimu nyanyian vokalis kumpulan Sejati, Yazid Alias, pernah menjadi siulan anak muda sekitar tahun 1990-an, namun kini penyanyi itu terpaksa mengambil upah mengangkut sampah demi kelangsungan hidup.

Yazid, 55, berkata penularan pandemik COVID-19 menyebabkan beliau tidak lagi mendapat undangan membuat persembahan daripada mana-mana pihak.

Susulan itu, katanya, demi kelangsungan hidup beliau terpaksa beralih kerjaya dengan menjadi pengangkut sampah untuk menyara kehidupan keluarganya.

“Setiap hari, bermula jam 9 pagi, saya akan membonceng motosikal yang diubahsuai menjadi motosikal roda tiga untuk mengambil upah mengutip sampah di sekitar Kampung Balun dan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Kampung Balun.

“Setiap rumah yang mendapatkan perkhidmatan saya akan memberi upah RM10 sebulan dan ada juga yang bermurah hati memberi lebih selepas melihat kesungguhan kerja yang saya buat ini,” katanya ketika ditemui, dekat sini.

Yazid berkata, penduduk sentiasa memberi sokongan kepadanya dengan membantu mengangkut sampah kerana usaha dilakukannya itu juga dapat memastikan kawasan kampung bersih dan bebas daripada sampah sarap.

Katanya, walaupun pernah popular sebagai artis dan dikenali ramai, beliau tidak malu dengan pekerjaan yang dilakukan sekarang.

“Walaupun pekerjaan ini bergelumang bau sampah yang busuk, namun saya teruskan juga bagi menyara kehidupan keluarga. Buat apa nak malu kerana ini kerja yang halal dan saya tidak kisah apa juga kerja ditawarkan asalkan ia memberi rezeki kepada keluarga.

“Saya bersyukur kerana masih dikurniakan badan yang sihat untuk berkerja menyara keluarga dan ketika cuti sekolah, anak saya, Putera Norsyareza,12, juga membantu saya,” katanya.

Yazid berkata, selepas mengangkut dan meletakkan sampah dalam tong sampah disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) berdekatan Taman Tasik Yang Dipertua (YDP) Slim River, beliau akan membersihkan tempat meletak sampah pada motosikal roda tiga miliknya itu dengan hampas kelapa.

“Hampas kelapa ditabur pada bahagian pelantar untuk menghilangkan bau dan menyerap air sampah pada bahagian pelantar sebelum saya kembali mengangkut sampah di rumah penduduk,” katanya.

sumbER:cempedakcheese

Perhatian! Pihak mymetro.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Dulu penyanyi rock terkenal, kini ambil upah kutip samp̷ah demi sesu̷ap rezeki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*