Peminat cilik Rizalman, Airen Nurain meningg̷al duni̷a

PEMINAT cilik pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim iaitu Airen Nurain, 12, telah meninggal dunia pagi tadi.

Perkara yang dimaklumkan kepada pihak Rizalman menerusi aplikasi WhatsApp itu dikongsi semula di akaun Instagram miliknya.

Menurut Rizalman, dia berasa amat sedih dengan pemergian peminat ciliknya itu.

“Saya amat bersedih kerana saya tahu hari seperti ini akan tiba juga akhirnya.

“Semoga Allah menempatkan adik Airen di tingkatan termulia bersama ibu bapa serta keluarganya, saya amat terkesan,” tulis Rizalman di ruangan kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Rizalman yang turut bersedih.

Rata-rata mereka mengucapkan takziah dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada Airen di ruangan komen.

Terdahulu, Rizalman telah merealisasikan impian Airen untuk bertemu dengannya dan mengundang kanak-kanak itu sebagai tetamu istimewa di konsert Kesuma Jiwa yang berlangsung di Istana Budaya Februari lalu.

Difahamkan, Airen telah menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur.

Airen telah menghidap penyakit buah pinggang kronik dan ketumbuhan dalam otak.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Airen, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

sumber:wowberita

Perhatian! Pihak mymetro.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Peminat cilik Rizalman, Airen Nurain meningg̷al duni̷a"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*