Bayi lem̷as dal̷am baldi ketika berada di taska

BAYI lelaki berusia sembilan bulan maut dipercayai lemas dalam baldi berisi air di dalam tandas sebuah taska di Jalan Kebun, Shah Alam, tengah hari semalam.

Difahamkan, mangsa, Abdul Rayyan Mijan, ditemui dalam keadaan kebiruan dan tidak sedarkan diri dalam baldi berkenaan oleh penjaga taska berkenaan, selepas didapati tiada di dalam bilik.

Menurut sumber, pengasuh dikatakan lupa untuk menutup pintu bilik air sebelum mangsa dipercayai merangkak masuk ke bilik air berkenaan.

Ibu mangsa yang dikenali sebagai Royani menerima panggilan dari pihak taska bahawa anaknya tidak sedarkan diri sebelum bergegas ke mendapatkan anak tunggalnya itu.

“Abdul Rayyan ditemui dalam keadaan kebiruan dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

“Mangsa seterusnya di bawa di Jabatan Forensik HTAR untuk dibedah siasat dan selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun petang tadi,” katanya.

Katanya lagi, Royani yang juga ibu tunggal menghantar anak lelakinya itu dalam keadaan sihat pada pagi kejadian, namun tidak menyangka itu kali terakhir dia dapat memeluk anaknya.

Sementara Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan bagi mengetahui punca kejadian.

sumber:cempedakcheese

Perhatian! Pihak mymetro.kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Be the first to comment on "Bayi lem̷as dal̷am baldi ketika berada di taska"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*