Terinspirasi Dengan ‘Grandpa Kitchen’, Tok Wan Masak Dan Sumbangkan Makanan Untuk Asnaf Dan Anak-Anak Yatim

SHAH ALAM : Di usia 62 tahun, bapa empat anak, Mohd Zaki Ariffin menggunakan kudratnya untuk mengumpul saham akhirat dengan memasak dan menyumbang hidangan kepada penghuni rumah anak yatim di sekitar perumahannya.

Mohd Zaki yang menetap di Kampung Melayu Subang, di sini berkata, aktiviti itu dilakukan sejak tahun lalu untuk menyantuni anak yatim.

Rakaman video memasak turut dimuat naik di saluran YouTube miliknya diberi nama Tokwan Kami yang kini mengumpul lebih 45,000 pengikut.

“Niat saya lakukan inisiatif ini adalah untuk bersedekah.

“Saya ada kemahiran memasak dan terfikir mengapa tidak gunakan sebagai salah satu cara untuk bersedekah kepada anak yatim. Saya membeli bahan memasak menggunakan duit sendiri dan ada kalanya menggunakan sumbangan rakan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro. 

Perkenalkan Grandpa Kitchen Versi Malaysia, Youtuber 'Tokwan Kami' Yang  Memasak & Kongsi Resepi Sambil Beramal | BuzzKini

Menurutnya, dia tidak berseorangan sebaliknya dibantu isteri, Nor Arizah Basri, 57 dan anak.

Katanya, aktiviti memasak itu lazimnya dilakukan pada hujung minggu di halaman rumah.

“Kebiasaannya, saya mula memasak pada jam 9 pagi dan selesai tengah hari.

“Saya sediakan 100 pek makanan dalam sehari dan agihkan kepada dua atau tiga rumah anak yatim bermula 2 petang iaitu selepas Zuhur.

“Selain isteri, anak juga selalu beri sokongan dan kebiasaannya anak keempat Muhammad Luqman Hakim, 29, yang bantu merakam dan menyunting video untuk dimuat naik di YouTube,” katanya.

Selagi terdaya, Mohd Zaki berkata, dia mahu terus melakukan amal jariah dengan cara itu.

“Aktiviti ini memberi kepuasan buat saya terutama apabila melihat riak wajah penghuni rumah anak yatim ketika menerima sumbangan.

“Cuma saya kini hanya dapat lakukan agihan makanan dan tidak dapat luangkan masa atau makan bersama anak yatim bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berikutan pandemik Covid-19,” katanya

Sumber : hmetro

Be the first to comment on "Terinspirasi Dengan ‘Grandpa Kitchen’, Tok Wan Masak Dan Sumbangkan Makanan Untuk Asnaf Dan Anak-Anak Yatim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*