“Pagi Minum Cengkih, Lunch Makan Habbatus Sauda” – Ellie Suriaty Pertah4n Anak, Tak Akan Sesek4li Ambil V4ksin

 

 

Ellie Suriaty kata dia hormat dengan keputusan anaknya untuk menolak vaksin.

Kata Ellie, tindakan anaknya, Azrell Omar,17 dan Nur Azreen, 12 membuat laporan polis adalah sebagai perlindungan sekiranya dipaksa mengambil vaksin.

“Saya hormat pilihan anak saya. Sekolah dah keluarkan borang, memanglah sekolah kata you boleh jawab ya atau tidak, tapi kalau pilih tidak, kita kena ada covering report supaya ia tak jadi paksaan.

“Takut jadi paksaan bila kata it’s okay tak ambil vaksin tapi nanti tak boleh duduk SPM. Anak saya 17 tahun dan anak perempuan 12 tahun dan akan masuk tingkatan satu. Takut nanti tak boleh masuk sekolah,”katanya kepada Gempak.

Tambah Ellie mereka sekeluarga tak akan ambil vaksin dan memilih untuk mencegah virus dengan kaedah perubatan homeopati holistik dan makanan sunnah.

“Orang yang ambil vaksin kata dia guna vaksin untuk pencegahan, okay fine dan saya pun ada cara pencegahan sendiri menggunakan remedi semual jadi.

“Pagi-pagi saya sekeluarga minum air lemon campur madu dan letak cengkih serta kayu manis.

“Tengah hari minum habbatus sauda atau sumac yang dicampur air atau masakan.Inilah cara kita, mungkin orang akan cakap kolot tapi sunnah Rasulullah, habbatus sauda adalah ubat segala penyakit kecuali mati. So, i will not take take the vaccine.”

Isteri kepada Azri Iskandar ini juga tak yakin vaksin yang hanya dihasilkan dalam masa enam ke lapan bulan itu masuk ke badannya.

“Kita memang menganalisa keperluan eksperimen vaksinasi. Saya tak setuju bila orang kata yang tolak vaksin ni semua antivaksin sebab kita memang ambil vaksin dari kecil tapi vaksin itu semua dihasilkan menerusi kajian selama lima ke sepuluh tahun, baru digunakan ke atas manusia.

“Bila kerajaan lancarkan vaksin, itu je kita dah persoalkan kenapa terlalu cepat. Mereka yang sukarela ambil ujian vaksin di Malaysia haritu, mana data dia? Kenapa tak didedahkan, apa jadi kat diorang?”

Elly juga mempersoalkan kenapa kadar jangkitan terus meningkat naik.

“Bila dah 60% pergi vaksin, kenapa kes jadi berpuluh ribu? Logik dia kat mana? Lebih baik jadi macam dulu, orang tak ambil vaksin, just ambil ubat dan kurantin di rumah.”

Malah Elly kata dia langsung tak kisah dikecam sebab dah biasa kena sejak jadi pembangkang.

“Azrell tak ada niat nak hasut orang tolak vaksin. Kesian kat dia. Tapi saya tak boleh stop dia daripada berkata perkara benar. Sebab tu saya pesan dia kena buat laporan polis.”

Panjang lebar Elly bagi penjelasan. Okaylah, tapi kalau kena Covid-19 nanti jangan pula merempan mengadu nasib di media sosial. -CARI

 

Sumber: cari

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : rosemerah

Be the first to comment on "“Pagi Minum Cengkih, Lunch Makan Habbatus Sauda” – Ellie Suriaty Pertah4n Anak, Tak Akan Sesek4li Ambil V4ksin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*