Kena bayar k0mpaun RM62,000, sekali penganjur perhimpunan rayu bantuan orang ramai

Penganjur himpunan haram pada 19 Ogos lalu meminta sumbangan orang ramai bagi membantu membayar kompaun kepada para peserta yang ditahan sebelum ini.

Minggu lalu, seramai 31 peserta acara berkenaan dibawa ke balai polis dan didenda RM2,000 setiap seorang, menjadikan jumlah keseluruhan denda berjumlah RM62,000.

Dalam satu kenyataan hari ini, Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) berharap orang ramai dapat membantu meringankan beban mereka.

“Sehubungan itu, kami ingin meminta jasa baik rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi untuk menyumbang bagi membantu peserta membayar kompaun yang dikenakan,” .

“Pihak Sekretariat sedang berbincang dengan beberapa rakan peguam berkenaan tindakan yang akan diambil dan kami tidak menolak untuk menyaman pihak polis kerana tangkapan yang dibuat tidak berasaskan lunas perlembagaan dan peserta yang ditahan tidak diberikan akses untuk diwakili oleh peguam setiap seorang,” .

Semalam, seramai 31 peserta nyalaan lilin membuat laporan polis yang mendakwa penahanan mereka tidak sah dan dinafikan hak mereka oleh pihak polis sepanjang acara itu berlangsung.

Berikutan itu polis telah memanggil sebahagian mereka termasuk peguam, untuk siasatan lanjut berkaitan acara yang diadakan di Dataran Merdeka pada malam Khamis lalu.

Beberapa kumpulan hak asasi manusia mengkritik layanan kasar polis terhadap 31 individu berkenaan ketika acara itu berlangsung.

Salah seorang peserta yang juga ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Chong Yee Shan mendakwa dia mengalami kecederaan fizikal setelah lima anggota polis menyeretnya ke dalam kenderaan polis.

Dia telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata tindakan menafikan hak tahanan untuk mendapatkan peguam adalah melanggar Perkara 5 dan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Suruhanjaya itu juga meminta pihak polis mengiktiraf hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

Sumber: cempedakcheese

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  :  http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Kena bayar k0mpaun RM62,000, sekali penganjur perhimpunan rayu bantuan orang ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*