Beri kata-kata semangat kepada Muhyiddin, Johan As’ari tak faham netizen kaitkan dengan tiada ‘job’ – “Saya bukan nak berp0litik, sekadar luahan rasa prihatln”

GARA-GARA memberi kata-kata sokongan terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelakon Johan As’ari menerima kecaman netizen di laman sosial.

Sebagai rakyat Malaysia, Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As’ari, 35, berkata dia hanya meluahkan rasa keprihatinan terhadap bekas perdana menteri itu yang sedang berdepan dengan dugaan besar.

“Saya bukan nak berp0litik, apa yang saya post itu hanya sekadar saya meluahkan rasa prihatin terhadap beliau sahaja. Saya anak seni… mana reti nak bercakap fasal p0litik.

WhatsApp Image 2021-08-16 at 2.25.29 PM

Johan memuat naik paparan skrin komen negatif daripada netizen.

“Saya sekadar luahkan prihatini sebagai rakyat Malaysia kepada menteri supaya tabah dengan ujian yang besar. Tiba-tiba pagi tadi saya baca komen ada netizen kecam saya pula.

“Mereka kata fasal alam barzakh la, kata saya takda ‘job’ la… semua komen itu tiada kaitan pun dengan perkongsian saya itu,” kata Johan ketika dihubungi mStar pada Isnin.

 

Saya nampak beliau dan menteri lain sudah menjalankan tugas dengan baik dan ikhlas

JOHAN AS’ARI

PELAKON

 

Terdahulu, Johan menerusi laman Instagram miliknya memuat naik paparan skrin komen netizen yang menganggap status menyokong Muhyiddin Yassin disebabkan pelakon itu kini tidak menerima sebarang tawaran kerja.

Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama Juvana ini memohon agar netizen meninggalkan pendapat yang bernas berbanding melemparkan kebencian.

“Bukan apa, sedlh melihat kebencian terhadap pemimpin mula meresap di minta segelintir netizen. Apa salahnya kita berkata dengan baik dan pandangan yang bernas daripada mengecam serta membenci.

“Semua orang pendirian dan pendapat… sepatutnya kita kena saling hormat-menghormati. Dekat Twitter pun ramai yang kecam saya disebabkan status itu.

WhatsApp Image 2021-08-16 at 2.25.29 PM (1)

Johan berharap netizen berhenti menyebarkan kebencian terhadap pemimpin negara.

“Sedangkan saya bukan la nak menyebelahi seratus peratus, tak kisah la siapa pun perdana menteri atau menteri, saya beri sokongan kepada pemimpin sebagai rakyat.

“Saya nampak beliau dan menteri lain sudah menjalankan tugas dengan baik dan ikhlas,” ujarnya.

Terbaharu, Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas menerajui negara untuk hanya 17 bulan.

Dalam kenyataan Istana Negara mengumumkan peletakan jawatan Muhyiddin selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tengah hari Isnin.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Beri kata-kata semangat kepada Muhyiddin, Johan As’ari tak faham netizen kaitkan dengan tiada ‘job’ – “Saya bukan nak berp0litik, sekadar luahan rasa prihatln”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*