Ibu positif Covid-19, Elyana mohon doa

 

 

Kuala Lumpur : Penyanyi Elyana Emrizal, 34, berkongsi berita duka yang menimpa keluarganya apabila ibu tersayang, Shamsidar Alias disahkan positif Covid-19.

Menerusi perkongsian hantaran di Instagram, Elyana turut memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhan buat ibunya dari wabak berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)

“Assalamualaikum. Hari ini, mama saya Shamsidar Alias disahkan positif Covid-19. Alhamdulillah ahli keluarga yang lain negatif.

“Saya mohon doa kalian untuk mama saya supaya diberikan kesembuhan segera dan kekuatan untuk melawan sakit ini. Tolong doakan mama saya,” tulisnya.

Sebelum ini, ramai mengetahui Elyana atau nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal hingga kini masih berjuang untuk bebas dari penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu.

Ibu dua anak ini juga menitipkan doa buat bapanya agar dilindungi oleh Allah daripada terkena jangkitan virus berkenaan kerana harus menjaga isteri yang sakit.

“Ya Allah yang maha berkuasa, yang maha penyembuh dan yang maha pendengar. Sembuhkanlah ibu yang sudah melahirkanku, Shamsidar Alias dari penyakit ini.

“Dan kau lindungilah ayah ku, Emrizal Shamsudin yang sedang menjaga ibuku dari terkena jangkitan. Serta jauhkan lah adik lelakiku, Eizad Ezmeer dari berjangkit.

“Lindungi lah kami ya Alllah, kuatkan lah kami, sesungguhnya engkaulah maha penyembuh,” tulisnya.

Baru-baru ini, Elyana ketika sesi soal jawab dalam Instagram Story mendedahkan berat badannya kini sedikit meningkat kepada 49 kilogram (kg) berbanding sebelumnya iaitu 35 kg.

Terdahulu, pada Jun lalu Elyana berkongsi berita dia menjalani rawatan radioterapi di bahagian tertentu bagi merawat penyakit kanser dihidapinya yang difahamkan sudah merebak ke beberapa organ badan seperti rahim, hati dan pangkal paha.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: Hmetro

Be the first to comment on "Ibu positif Covid-19, Elyana mohon doa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*