Penggali kubvr terkejut dipilih Tokoh Ma’al Hijrah, tapi tak hadir terima anugerah. Ini sebabnya..

 

 

KETIKA dimaklumkan terpilih sebagai penerima Anugerah Khas Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 2021/1443H yang disambut pada 10 Ogos lalu, seorang penggali ku.bur bagaikan tidak percaya dan terkejut dengan berita itu.

Roslee Ali memberitahu dia tidak pernah menganggap kerjayanya itu mempunyai sebarang kesitimewaan apatah lagi sehingga melayakkannya menerima anugerah berprestij.

Sepanjang 11 tahun bergelar penggali ku.bur, Roslee, 63, memberitahu dia bekerja dalam bidang itu semata-mata ingin berbakti kepada masyarakat selain melakukan tuntutan fardu kifayah sebagai seorang Islam.

“Ketika mendapat panggilan diberitahu tentang anugerah yang bakal diterima, saya memang terkejut namun berasa terharu kerana usaha dan sumbangan selama ini mendapat perhatian.

“Rasa tidak percaya pun ada tetapi Alhamdulillah atas penghargaan yang diberikan.

“Sejujurnya ini bukan kemenangan saya seorang tetapi ia mewakili seluruh barisan hadapan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, khariah masjid, sukarelawan, serta semua penggali ku.bur yang ada… ini adalah kemenangan untuk semua,” katanya kepada mStar.

Roslee menerima Anugerah Tokoh Barisan Hadapan iaitu kategori baharu yang diperkenalkan pada tahun ini manakala Anugerah Tokoh Utama Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan dianugerahkan kepada Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat yang juga mantan Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Selain Roslee, empat lagi penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1443H Anugerah Khas turut diberikan kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Ismuni Bohari menerusi Anugerah Tokoh Barisan Hadapan, Pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn Bhd, Datuk Dr Ramly Mokni (Anugerah Tokoh Korporat).

Dua lagi penerima adalah pengacara dan personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya (Anugerah Tokoh Pendakwah Kreatif) dan Pembantu Mubaligh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Nur Maisarah Leong Yoke Keen (Anugerah Tokoh Mualaf).

Bagaimanapun Roslee tidak dapat menghadirkan diri bagi mengambil sendiri anugerah diberikan kerana merasakan dirinya berisiko terhadap orang lain memandangkan dia sering menguruskan jenaz4ah C0vid-19 setiap hari.

Sejak pandemik hampir 1,000 jenaz4h C0vid-19 yang kami uruskan di kawasan ini dan tahun ini paling banyak, hampir 20 jenaz4h setiap hari.

“Hendak pergi tetapi hari-hari saya terlibat menguruskan jen4zah C0vid-19, memegang dan memeluk jen4zah untuk dikebumikan. Jadi risiko agak tinggi meskipun saya memakai PPE lengkap.

“Jika pergi mengambil anugerah mungkin ada kebarangkalian boleh menyebarkan wabak, jadi lebih baik saya elakkan. Insya Allah ada masa sesuai saya akan mengambil anugerah itu,” jelasnya.

 

Bergelar penggali kub.ur selepas kematian isteri

Penggali kub.ur di Tanah Perku.buran Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak Taman Selaseh semenjak tahun 2011 itu memberitahu penglibatannya dalam bidang itu sebenarnya berlaku secara spontan selepas isterinya, Rosnah Ahmad meninggal dunia.

Ketika pemergian isteri tercinta, Roslee memberitahu dia sendiri membantu menguruskan jenaz4h isteri sehingga ke liang lahad dan pengalaman itu membuka hatinya untuk meneruskan kerja-kerja pengurusan jenaz4h.

“Sebelum bergelar penggali kub.ur saya bekerja sebagai tukang paip namun ketika isteri meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit, Alhamdulillah saya dapat peluang menguruskan pengebumiannya dan ketika itu seperti datang semangat untuk teruskan kerja dalam bidang itu.

“Alhamdulillah sehingga kini saya setia dengan kerja sekarang. Sejujurnya ia bukan mudah tetapi saya sentiasa berasa semangat kerana dapat membantu memudahkan urusan si mati dan ahli keluarga mereka,” katanya.

Ruslee Ali sudah berkhidmat sebagai penggali ku.bur sejak 11 tahun lalu.

Bercerita lanjut mengenai pengalaman bergelar penggali ku.bur, Roslee memberitahu sejak pandemik pada Mac tahun lalu, ia adalah tempoh paling sukar sepanjang 11 tahun bekerja dalam bidang itu.

Meskipun tahun lalu tidak banyak jen4zah C0vid-19 perlu diuruskan namun angka itu mendadak naik sejak awal tahun ini apabila kes kematian meningkat disebabkan wabak berkenaan.

“Sejak pandemik hampir 1,000 jen4zah C0vid-19 yang kami uruskan di kawasan ini dan tahun ini paling banyak, hampir 20 jen4zah setiap hari.

“Ia situasi mencabar kerana tidak mudah menguruskan jen4zah dalam suasana perlu memakai PPE dalam cuaca panas namun ia turut menyayat hati dan menginsafkan apatah lagi ahli keluarga tidak dapat memberikan penghormatan terakhir kepada si mati,” ujarnya.

Ceritanya lagi, sejak kes kematian naik mendadak, dia bersama beberapa penggali k.ubur yang lain akan melakukan persediaan lebih awal termasuk menggali 40 liang lahad setiap hari.

Selepas proses menggali ku.bur selesai, mereka akan memakai memakai peralatan perlindungan diri (PPE) pada pukul 2.30 petang sebelum ketibaan jen4zah setengah jam kemudian.

“Proses pengebumian boleh memakan masa selama beberapa jam bergantung kepada jumlah jen4zah yang dibawa ke tanah perkubu.ran setiap hari.

“Meskipun penat dan terpaksa menahan panas memakai PPE namun sebagai seorang Islam saya berasa puas dan gembira dapat membantu menguruskan jen4zah apatah lagi dalam situasi sekarang,” katanya.

 

Bekas Kadi Besar Syed Abdul Rahman Tokoh Maal Hijrah Pahang 2021

Bekas Kadi Besar Pahang, Syed Abdul Rahman Syed Mohammad Benyahya diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Pahang 2021 pada sambutan yang diadakan di Dewan Auditorium Kolej Universiti Yayasan Pahang di sini, pada Selasa.

Dua anak Allahyarham, Syed Mohd, 71, dan Syed Akil, 59, mewakili arwah bapa mereka menerima anugerah itu termasuk wang tunai RM10,000, trofi, plak, kalung dan sijil, dalam majlis yang diadakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat menyaksikan majlis itu secara maya.

Syed Akil ketika ditemui pemberita berkata, beliau mewakili keluarganya mengucapkan syukur dan terima kasih atas pengiktirafan yang diberikan kepada Allahyarham bapanya.

Mengimbau sejarah pendidikan dan kerjaya bapanya, beliau berkata, Allahyarham Syed Abdul Rahman pernah melanjutkan pendidikan di Singapura dan Hadhramaut, Yaman serta memulakan kerjaya sebagai seorang guru, sebelum bertugas sebagai kadi di Raub sekitar 1960-an.

Anak-anak penerima Tokoh Ma’al Hijrah Pahang, bekas Qadhi Besar Pahang Allahyarham Syed Abdul Rahman Syed Mohammad Benyahya menunjukkan gambar arwah bapa dan anugerah yang diterima ketika sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2021M/1443H yang dirasmikan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara maya dari Istana Abdulaziz, hari ini. – Foto Bernama

Syed Abdul Rahman kemudiannya dilantik sebagai kadi di Kuantan dan berkhidmat sebagai Kadi Besar Pahang bermula 1976 hingga 1982.

“Alhamdulillah kami bersyukur dengan penghargaan ini. Arwah bapa seorang yang tegas, didikan agamanya kuat, yakni solat Subuh, Maghrib dan Isyak mesti berjemaah, kalau ada di rumah arwah juga akan bagi tazkirah kepada kami adik-beradik,” kata anak keenam daripada 11 beradik itu.

Syed Abdul Rahman turut aktif dalam penulisan buku agama dan kitab antaranya Qiraah Mufidah (buku mengenal huruf al-Quran dengan mudah) dan Kitab Ilmu Faraid (Harta Pusaka), selain pernah dilantik sebagai guru agama kepada bakal haji semasa dalam kapal menuju ke Mekah pada 1970, serta menjadi Hakim Tilawah al-Quran peringkat negeri dan kebangsaan.

sumber: mstar

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  :  http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Penggali kubvr terkejut dipilih Tokoh Ma’al Hijrah, tapi tak hadir terima anugerah. Ini sebabnya.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*