Paras 0ks!gen Jtuh Ke Thap 40%. Shuib Pinta D0a Orang Rmai Untuk Siti Sarah

SEHINGGA kira-kira pukul 8 malam Ahad, tahap oksigen dalam badan Siti Sarah kembali merosot hingga ke paras 40.

Suaminya, Shuib Sepahtu berkongsi keadaan terkini Siti Sarah itu selepas dimaklumkan doktor menerusi panggilan telefon.

“Sebelum masuk sesi zoom ni, tadi doktor call beritahu condition Sarah sangat tidak baik sekarang ni. Sangat-sangat tidak baik.

“Dia punya oksigen tinggal 40, doktor cuba terbalikkan dia,” katanya ringkas.
 

Shuib berkongsi perkara berkenaan sebelum memulakan sesi bacaan Yasin bagi mendoakan kesembuhan Siti Sarah untuk hari ketiga berturut-turut.

Dalam pada itu Shuib meminta agar orang ramai terus mendoakan kesembuhan buat isterinya yang masih dalam pemantauan doktor.

Siti Sarah kini berada dalam pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras.

 

sumber :Mstar

Be the first to comment on "Paras 0ks!gen Jtuh Ke Thap 40%. Shuib Pinta D0a Orang Rmai Untuk Siti Sarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*