[VIDEO] Tarikh Sama Hari Nikah, Kemunculan Pengantin Di PPV Raih Perhatian

Sejak kebelakangan ini, ramai yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan kostum dan pakaian yang menarik sekaligus mencvri tumpuan ramai. Namun berbeza dengan pasangan ini apabila mereka hadir dengan pakaian pengantin namun ianya bukan hanya kostum semata-mata.

Pasangan ini sebenarnya menerima tarikh vaks1n yang sama dengan hari pernikahan mereka. Memandangkan kedua-duanya sama penting, pasangan ini tiba di PPV itu lengkap dengan pakaian pengantin untuk menerima sunt1kan vaks1n terlebih dahulu.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pasangan itu dilihat memakai pakaian pengantin serba putih seperti yang selalu dipakai pasangan pada hari pernikahan. Malah pengantin perempuan juga sudah siap memakai mekap pengantin bersama-sama inai merah di tangannya.

Pengantin perempuan itu dilihat sedang mengisi borang sambil ditemani oleh pasangannya di sebelah. Mereka juga dilihat dalam keadaan yang tergesa-gesa dan segera bergerak ke stesen yang seterusnya untuk melengkapkan prosedur menerima vaks1n itu.

Kemunculan pengantin ini juga turut menarik perhatian orang ramai di pusat pemberian vaks1n itu. Dikhabarkan, pasangan ini selamat dinikahkan sejurus selepas menerima sunt1kan vaks1n mereka di pusat pemberian vaks1n tersebut.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut memberikan pujian pada pasangan pengantin ini yang berjaya melengkapkan temu janji mereka ini. Ada juga yang menganggap ini tentunya satu momen yang sangat unik dan tidak pernah dilihat berlaku sebelum ini.

“Esok dem4m sama-sama…”

“Ni mesti dapat tarikh vaks1n sama dengan tarikh nikah.”

“Saya vaks1n pun tak panggil lagi apatah lagi jodoh.”

“Aku baru terfikir macam mana lah kalau tarikh nikah sama dengan tarikh vaks1n.”

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] Tarikh Sama Hari Nikah, Kemunculan Pengantin Di PPV Raih Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*