Ibu Dir4w4t Di H0spital, Ayah K0rb4n Cov!d. Adik Ini Tabah Jalani Kvar@ntin Secara Sendirian

JOHOR BAHRU : “Saya hanya mampu berdoa agar kanak-kanak lelaki 12 tahun menjalani kuarantin kendiri di rumah keluarga diberikan kesembuhan segera,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Kluang, Johor (Petak), Zalifah Ithnin.

Berkongsi dugaan diharungi si cilik berkenaan, Zalifah berkata, kanak-kanak dikenali sebagai Arshad adalah anak sulung daripada lima beradik dan baru saja kehilangan bapanya berusia 38 tahun yang meninggal dunia akibat C0vid-19.

Beliau berkata, buat masa ini tiga adik-beradiknya tinggal di rumah ibu saudara di Johor Bahru selepas dibenarkan pulang dari Hospital Permai.

Menurutnya, hanya ibunya berusia 38 tahun dan seorang adiknya masih dirawat di Hospital Permai di Tampoi di sini akibat Covid-19.

Katanya, difahamkan kanak-kanak berkenaan memperoleh keputusan negatif ketika menjalani saringan  pertama.

“Ia mengakibatkan kanak-kanak itu kuarantin kendiri di rumah bagi tempoh tertentu dan hasil menjalani saringan kedua baru-baru ini keputusannya positif.

“Saya bersyukur kerana Allah memberi peluang bagi menyantuni kanak-kanak lelaki berkenaan di sebuah kawasan perumahan di Kluang di sini, semalam,”.

 

Zalifah berkata, sumbangan barangan kepada kanak-kanak itu adalah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Muhamad Said Jonit.

Menurutnya, berikutan keperluan makanan harian serta ubat-ubatan sudah disediakan oleh waris berdekatan yang memantau kanak-kanak berkenaan, oleh itu pihaknya menyumbang susu kotak, biskut dan roti sebagai bekalan kudapan kanak-kanak itu.

“Hati saya agak sayu ketika bertanya sama ada dia ada berhubung dengan ibunya kerana dia menyatakan cuba menghubungi ibunya namun tiada maklum balas sejak kelmarin.

“Saya melihat sedikit kegusaran pada wajahnya kanak-kanak itu saat berkenaan kerana dia baru saja kehilangan bapa kesayangan dan harap dia terus kuat,” katanya.

 

Zalifah berkata, dia dapat memahami situasi ditempuhi kanak-kanak berkenaan kerana kebiasaannya kanak-kanak sebayanya memerlukan perhatian.

“Menjadi tanggung jawab kita sebagai masyarakat prihatin memberi semangat kepada mereka dan saya difahamkan jirannya juga sentiasa mengambil berat berkaitannya,” katanya.

Zalifah berkata, sejak pandemik Covid-19 bermula, Petak berusaha membantu mereka yang terkesan daripada segi keperluan makanan asas.

“Bekalan makanan asas dari Gerobok Rezeki Petak akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa,” .

 

Sumber : hmetro

Be the first to comment on "Ibu Dir4w4t Di H0spital, Ayah K0rb4n Cov!d. Adik Ini Tabah Jalani Kvar@ntin Secara Sendirian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*