Ain Husniza terima n0tis tvntvtan RM1 juta

 

SHAH ALAM – Pelajar perempuan, Ain Husniza Saiful Nizam yang mend4kw4 gurauan seorang guru mengenai r0g0l memaklumkan menerima surat tuntutan RM1 juta.

Bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab berkata, tuntutan tersebut difailkan oleh guru terbabit atas d4k.waan fitnah gurauan berkenaan.

“Guru itu letak nama Ain, nama saya (bapa) dan isteri saya yang menyatakan buat fitnah ke atas dirinya menerusi webinar, kenyataan akhbar dan media.

“Dia menuntut untuk menarik balik, membuat permohonan maaf dan bayaran ganti rugi sebanyak RM1 juta,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

 

Pada 24 April lalu, seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan kerana seolah-olah seperti menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan r0g-l.

Dalam pada itu, Saiful Nizam berkata, pihaknya menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung jam 2 petang pada Rabu.

“Sekarang ini kami sudah berbincang dengan peguam apa tindakan seterusnya yang perlu dibuat dan masih dalam perbincangan mengenai perkara itu,” ujarnya.

 

Jelasnya, emosi Ain tidak stabil lebih-lebih lagi dia akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini apabila menerima surat tuntutan tersebut.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : sinarharian

Be the first to comment on "Ain Husniza terima n0tis tvntvtan RM1 juta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*