Caprice Mohon Maaf Kepada Semua, Akui Terlalu Mengikut Emosi. Ramai Tertanya, Jadi Tak “Pendedahan” Dia 21HB Nanti?

 

 

Ramai yang teruja serta tidak sabar menanti ‘pendedahan’ yang bakal dilakukan penyanyi rap dan usahawan yang dikenali sebagai Caprice pada 21 Julai ini.

Difahamkan, Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli akan membuat sesuatu pendedahan menerusi siaran langsung di laman Instagramnya pada pukul 5 petang waktu Gaza, Palestin atau 10 malam waktu Malaysia.

Tinjauan di laman Instagram penyanyi itu mendapati, rata-rata pengguna mahu Caprice mendedahkan ‘perkara’ sebenar yang telah berlaku di Gaza sehingga mencetuskan kontroversi antara dia dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Pada masa sama, pengguna Instagram mahu dia membongkarkan semua yang telah berlaku di sana jika penyanyi itu berada di pihak yang benar.

Tapi belum pun sempat 21hb, nampaknya Caprice mula sedar akan kesilapan beliau dan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada beberapa pihak

 

“Caprice Minta Maaf, Terlalu Beremosi”

“Salam Tuanku @hrhcrownprinceofjohor @hishammuddinhussein ebitlew , Caprice mohon minta maaf atas kesilapan Caprice dimana kita terlalu emosi tentang pejuang kita demi ummah, demi Palestine, dan demi Rakyat Malaysia. Ape yang berlaku adelah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain.

“Caprice nak ucapkan terima kasih kepada DS @hishammuddinhussein , Embassy Malaysia mesir, dan Kerajaan Egypt for the hospitality, support, and 24hour protection and security selama Caprice berada di Mesir.

“Caprice nak ucapkan terima kasih juga kepada DS @azeezrahim yang tibe2 jadi seorang ayah kepada caprice selama kita kenal. I can never repay you back for the love and care you have shown me throughout this mission. And to all the members or HM4P, Team Mercy, dan Media di Mesir, thank you for being a big brother to me and guiding me for the past 30 days. Dato Farid, Dato Razali, Dr Kassim, and Abdullah. I couldnt have asked for a better band of brothers to share this experience. Thank you for the late night talks, the love, and your guidance.

“Last but not least, caprice minta maaf kepada ibu dan ayah caprice for making you worry about my safety. I love you and my intention since the day i chose to go on my own at 16 was only to make you proud.

“Minta maaf kepada Malaysia dan rakyat Malaysia.

“InsyaAllah i will return after i complete and fufill a few promises i made to the people of Palestine.

“Iam sorry

“Salam

‘Hanya Fikir Kepentingan Peribadi & Ada Juga Nak Kejar Publisiti…’ – TMJ

Umum mengetahui, bapa kepada pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew sudah meninggal dunia selepas disahkan menghidap penyakit kanser perut tahap akhir. Sebelum ini, Ebit sempat berkongsi keadaan ayahnya yang semakin kritikal dan kanser tersebut sudah merebak ke semua anggota badannya yang lain.

Menjunjung kasih Tuanku

Terbaru, Ebit menerusi Instastory meluahkan rasa terharu apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertanya khabar kepada dirinya berikutan pemergian ayah tersayang baru-baru ini. Pada masa yang sama, Ebit turut menceritakan beliau berasa terharu dengan bantuan yang tidak berbelah bahagi yang disumbangkan oleh TMJ demi kesejahteraan rakyat jelata.

Menjunjung kasih Tuanku kerana bertanya khabar perginya arwah ayah saya. Terharu, dari jauh setiap hari melihat Tuanku membantu rakyat dalam kesusahan siang malam.

Susulan daripada itu, TMJ membalas respon yang diberikan oleh Ebit dan pada masa yang sama meminta supaya beliau meneruskan usaha niat baik dalam membantu mana-mana rakyat marhaen yang terkesan.

Yang penting keikhlasan, niat baik dan usaha. Teruskan membantu rakyat Ustaz.

Menerusi satu foto yang dimuat naik oleh TMJ memperoleh puluhan komen daripada rakyat jelata yang bertanyakan apa yang sedang bermain di fikiran beliau. Respon balas yang diberikan oleh beliau cukup ringkas dan mempunyai maksud yang mendalam.

Fikir negara dilanda krisis. Tetapi ada beberapa individu yang hanya fikir kepentingan peribadi dan ada juga nak kejar publisiti. Jaguh handal dalam media sosial. On the ground no balls. Too many berpura-pura/fake. Some people need a backhand.

Saya cuba sebar kasih sayang, kenapa masih ada prasangka bur.uk? – Ebit Lew

KUALA LUMPUR: Dalam pada itu Pendakwah yang dikenali dengan kerja kemasyarakatan dan kebajikan, Ustaz Ebit Lew, meluahkan rasa kesal apabila masih ada berprasangka buruk biarpun dia cuba membawa dan menyebarkan kasih sayang sesama manusia.

Ia dipercayai susulan kontroversi membabitkannya dengan seorang penyanyi rap, yang diperkatakan sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Dalam satu video yang tular di media sosial, Ebit berkata beliau tidak kisah dengan kejian atau tuduhan tidak berasas mana-mana pihak, namun sedih apabila ia turut membabitkan ramai pihak lain.

“Apa yang saya buat adalah demi Allah SWT semata-mata. Kalau orang ugut saya pun, saya tak takut. Setakat kata-kata (tak berasas), saya tak kisah tetapi apabila ramai orang lain terlibat sama (dalam situasi itu), saya jadi sedih.

“Walaupun saya cuba nak bawa kasih sayang, pun ada orang nak lawan, nak benci. Saya tak faham.

“Dahulu saya tak kenal Tuhan, saya jahat. Saya bergaul dengan kawan-kawan yang jahat juga, tetapi tak pula jumpa benda-benda begini.
“Tetapi apabila saya cuba jadi baik dan cuba berdakwah, ujian pula datang tidak berhenti,” katanya yang dilihat menitiskan air mata dalam video berkenaan.

Kontroversi yang memalitkan nama Ebit itu timbul selepas penyanyi rap itu mendakwa ada banyak ‘rahsia’ di sebalik misi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini, selain memberi bayangan seolah-olah Ebit adalah punca dia masih tidak dibenarkan memasuki Gaza sehingga hari ini.

Dia juga mendakwa tindakan Ebit memuat naik gambar kanak-kanak Gaza hanyalah untuk tujuan ‘content’ di media sosial.

Dakwaan itu bagaimanapun telah disangkal pembantu peribadi Ebit, Arief Farhan menerusi hantaran di Instagram.

“Salahkah jika UEL (Ustaz Ebit Lew) beri mainan kepada anak-anak di Palestin? UEL ke sana atas dasar misi bantuan dan sumbangan.

“Hubungan UEL dan Menteri Luar Gaza juga baik-baik sahaja. Terbaharu, Menteri Luar Palestin beri surat ucapan takziah ketika pemergian ayahanda UEL,” kata Arief.

Malah Arief memaklumkan pihak mereka juga menempuh jalan sukar untuk memasuki Gaza, dan terpaksa tinggal di Mesir lebih sebulan sebelum mendapat kebenaran.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : trendingsangat

Be the first to comment on "Caprice Mohon Maaf Kepada Semua, Akui Terlalu Mengikut Emosi. Ramai Tertanya, Jadi Tak “Pendedahan” Dia 21HB Nanti?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*